Makan Kambing Bakar Kontena Di Setia Alam

SHARE:

Idea hendak makan di Kambing Bakar Kontena kawasan Setia Alam ini sudah di rancang semalam lagi kerana hendak beli barang basah dan barang k...

Idea hendak makan di Kambing Bakar Kontena kawasan Setia Alam ini sudah di rancang semalam lagi kerana hendak beli barang basah dan barang keperluan rumah sekali. Sementara itu boleh keluar makan 
dan tempat yang sudah isteri saya pilih ialah Kambing Bakar Kontena di Setia Alam.


Lokasi kedai ini telah dijumpai kerana kami pernah meronda di Setia Alam dan menyebabkan isteri saya ini sudah susun beberapa senarai kedai makan untuk kami sekeluarga pergi dan kebetulan tiba-tiba semalam dia tersebut dan saya pun kata ok sahaja.
Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)

No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

03-3358 7917

 

Sebelum mula membeli barang di TMG Mart Alam Budiman, kami singgah dahulu dekat Setia Alam untuk makan di Kambing Bakar Kontena kerana tempat tersebut pernah viral suatu ketika dahulu dan tempatnya juga sedap dan selesa. Banyak tempat duduk dan kerusi tersedia disitu.

Kalau hendak makan nasi kerabu, kambing bakar, ayam penyet, puyuh penyet, pecel lele, talapia penyet, nasi kosong, wedges, fries, tempe, tauhu, sup dan pelbagai jenis makanan sedia. Anda terus boleh ke lokasi tersebut.


Nama kedai pun Kambing Bakar Kontena dan semestinya kita kena cuba Kambing Bakar yang disediakan oleh kedai. Memang terbaik dan menyelerakan. Tambahan pula dikena dengan nasi kosong serta sup. Memang terangkat habislah makan diwaktu petang santai-santai selepas balik kerja.

Kalau anda hendak pergi, saya sangat syorkan untuk anda cuba kerana tidak mengecewakan langsung dan boleh makan santai bersama dengan keluarga tercinta.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content