Makan Malam Di Kedai Makan Kambing Ke Langit

SHARE:

Pada mulanya rasa agak pelik juga apabila ada nama kedai makan Kambing Ke Langit dan selepas membuat carian dan datang sendiri ke kedai maka...


Pada mulanya rasa agak pelik juga apabila ada nama kedai makan Kambing Ke Langit dan selepas membuat carian dan datang sendiri ke kedai makan tersebut memang benar ada kedai Kambing Ke Langit.

Lokasi kedai tersebut ialah berada di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan juga dengan i-City kerana semasa perjalanan ke kedai tersebut akan lalu berdekatan dengan i-City.
Kambing Ke Langit

2gx, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

03-5878 4625

Kedai ini terdapat pelbagai jenis menu yang menarik seperti Nasi Kerabu, Nasi Kukus, Nasi Goreng, Nasi Putih, Western Food, Ayam Penyet, Kambing Bakar, Ayam Berempah, Ayam Goreng, Sup, Tomyam dan sebagainya. Boleh dikatakan semua makanan ada disini dan senang nak pilih dalam satu kedai makan sahaja.


Saya makan Nasi Kerabu Kambing Bakar dan memang sedap dan mengiurkan kerana nasi kerabu penuh dengan sayur, keropok, telur masin, kuah dan sebagainya ditambah dengan kambing bakar. Memang terbaik dan terpadu kerana saya selalu makan dengan ayam goreng ataupun ikan goreng sahaja. Ini pertama kali makan dengan kambing bakar.

Nama kedai makan sahaja Kambing Ke Langit tetapi menu lain tersedia seperti kedai tomyam macam nasi goreng yang orang selalu makan diwaktu malam.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content