Sukiya Tokyo Bowls & Noodle adalah pemegang sijil halal daripada Jakim dan jangan ragu-ragu jikalau hendak makan disitu. Saya apabila he...
Sukiya Tokyo Bowls & Noodle adalah pemegang sijil halal daripada Jakim dan jangan ragu-ragu jikalau hendak makan disitu. Saya apabila hendak makan di shopping mall selalu akan membuat carian dahulu kedai mana yang dijamin halal oleh Jakim melalui website https://www.halal.gov.my/v4/
Selepas membuat carian terjumpa satu kedai makan bernama Sukiya Tokyo Bowls & Noodle di IOI City Mall Putrajaya dan merupakan sebuah kedai makan Jepun dan agak menarik kerana kedai makanan yang jarang dimakan ini yang membuatkan ingin mencuba.
Sukiya Tokyo Bowls & Noodle @ IOI City Mall Putrajaya
LG69 IOI city mall, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Gyudon
- Yakiniku Don
- Yakitori Don
- Teriyaki Don
- Chicken Katsu Don
- Japanese Curry Rice
- Ramen Noodles & Unagi Don
- Washoku Zen
- Family Set & Mini Bowls
- Ala Carte & Drinks
Sebab tidak pernah makan saya ambil menu yang agak menarik dan hot items supaya dapat merasa. Kedai makan sebegini jarang hendak pergi, oleh itu gunakan peluang sebaiknya untuk merasa.
Macam biasa pada hujung minggu memang ramai orang dan full house. Kalau datang pada hari bekerja kemungkinan suasana menjadi tenang untuk makan tetapi cepat juga selepas membuat pesanan melalui QR Code yang diberikan dan pilih sahaja menu di dalam handphone dan selepas itu tekan order. Selepas makan terus membuat pembayaran di kaunter.
COMMENTS