Anak Suka Bermain Di Kiddytopia @ IOI City Mall

SHARE:

Di dalam shopping mall ini mempunyai pelbagai jenis jenama tempat permainan kanak-kanak indoor dan salah satunya ialah Kiddytopia yang saya ...


Di dalam shopping mall ini mempunyai pelbagai jenis jenama tempat permainan kanak-kanak indoor dan salah satunya ialah Kiddytopia yang saya rasa baru sahaja dibuka pada hujung tahun lepas kerana viral / tular tempat sebegini di dalam media sosial Facebook.

Hari ini saya pergi bersama dengan keluarga memang penuh dan ramai orang, sekeliling disitu ada sahaja untuk tempat ibu bapa menunggu dan juga anak bermain disana-sini.
Kiddytopia @ IOI City Mall

L2-235A, Level 2, IOI City Tower Two, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Sepang, Putrajaya

010-764 6877

Tempat ini amat luas kerana terdapat kerusi, meja serta tempat berehat untuk ibu bapa yang temankan anaknya bermain dan selain itu juga terdapat Kiddytopia Cafe untuk semua yang masuk ke dalam ini beli makan ataupun air untuk santai melihat anak bermain.

Harga tiket memang berbaloi dan murah bagi Kiddytopia di IOI City Mall Putrajaya adalah seperti berikut :

Hari Minggu / Hari Bekerja
2 Tahun Ke Atas - RM45
2 Tahun Ke Bawah - RM20

Hujung Minggu / Cuti Sekolah
2 Tahun Ke Atas - RM55
2 Tahun Ke Bawah - RM25

Untuk orang dewasa / ibu bapa / penjaga sebagai peneman anak-anak adalah PERCUMA sahaja!


Anak suka sangat bermain kerana mempunyai slide / papan gelongsor yang bersar dan sesuai untuk peringkat kanak-kanak yang baru sekeolah dan juga tempatnya memang adventure bagi 12 tahun ke bawah.


Kalau anda berehat dan biarkan anak anda main pun masih selamat kerana disitu banyak sekuriti dan juga tapak lantai yang lembut dan semua besi yang berada disitu sudah dibalut atas faktor keselamatan supaya tidak terkena pada sesiapa sahaja.


Untuk siapa yang pernah datang Kidzoona iaitu alternatif selain Kiddytopia pasti suka bermain slide / papan gelongsor dan mempunyai bole banyak dibahagian bawah dan boleh main baling serta tuju kepada adik-beradik yang lain.

Akhir kata memang anak anda akan terujua apabila berada disini dan anak saya juga teruja sampai main 3 jam tanpa henti. Saya pula jadi letih kerana temankan anak berlari sana disini. Jikalau hendak solat juga tempat tersedia dan tiket yang diberikan memang full day. Andai kata nak membeli-belah sekejap selepas itu masuk balik pun boleh.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content