Mat London Meninggal Dunia

SHARE:

Mat London ketika membawa watak Pak Karim dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri. Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Mat London atau nama sebena...

Mat London ketika membawa watak Pak Karim dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim, 74, meninggal dunia pada jam 5.57 pagi, hari ini di Hospital Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Anaknya, Salmany Akir Ahmad, 42, turut memaklumkan berita sedih itu menerusi Facebook.

"Sesudah laungan azan subuh…..papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah lelaki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya" tulisnya.

Mat London yang juga pengarah turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid membawa watak Pak Karim. - Harian Metro

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content