Pergi Ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

SHARE:

Pusat Sains Negara (atau PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malay...


Pusat Sains Negara (atau PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat ini juga adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Misi PSN adalah untuk mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat. Objektif PSN pula adalah untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan orang ramai terhadap sains dan teknologi.

Dibawah ini saya tunjukkan harga tiket untuk masuk bagi Dewasa, Kanak-Kanak dan juga Warga Emas.


Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
KategoriHarga (RM)
Dewasa (13-54 tahun)6.00
Kanak-kanak (7-12 tahun)3.00
Warga Emas (55 tahun keatas)3.00

Untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah percuma sahaja untuk masuk ke tempat biasa di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. 

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

50662, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-2089 3400
Pameran ‘Dinasour Encounter’ (PSN Kuala Lumpur sahaja)
KategoriHarga (RM)
Dewasa (13-54 tahun)15.00
Kanak-kanak (4-12 tahun)12.00
Warga Emas (55 tahun & keatas)5.00
Kumpulan Sekolah Menengah (termasuk guru)8.00
Kumpulan Sekolah Rendah/ Prasekolah (termasuk guru)6.00
Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) & Orang Kelainan UpayaPercuma

Hari ini saya pergi ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dengan harga total masuk ke tempat biasa dan juga Pameran Dinasour Encounter dan semua total adalah dalam RM66.00 sahaja untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Tempatnya agak menarik perhatian kerana terdapat pelbagai jenis infomasi sains yang menarik untuk kita cuba dan kita baca. Perkara ini dapat menarik perhatian kita semua tidak kira usia dan membuatkan kita terleka apabila berada di dalamnya.


Ketika hujung minggu memang padat tempat parking untuk bahagian dalam dan hanya boleh parking di luar kawasan sahaja dan mempunyai jambatan untuk lintas pergi ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Hanya perlu berjalan sedikit dan jikalau penat boleh singgah beli makanan atau minuman yang terjual di luar bangunan tersebut.

Dalam ini juga terdapat KidWorld untuk memberikan pengalaman bagi anak-anak kita bermain dan dia sekali dengan pakej biasa sahaja. Ada satu kekurangan yang saya rasa di dalam Pusat Sains Negara Kuala Lumpur kerana terdapat juga alatan ataupun mesin sains yang rosak dan tidak dibaiki membuatkan saya berasa kecewa.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content