Tapau Nasi Kandar Green Light

SHARE:

Disebabkan anak tidak berapa sihat, jadi kita pergi beli makan nasi kandar. Untuk menaikkan selera dia kerana dia minat makan nasi dengan ay...

Disebabkan anak tidak berapa sihat, jadi kita pergi beli makan nasi kandar. Untuk menaikkan selera dia kerana dia minat makan nasi dengan ayam berempah nasi kandar ini. Boleh dikatakan makanan kesukaan dia.


Banyak kali sudah saya bersama dengan keluarga keluar makan di Nasi Kandar Green Light di Setia Alam ini. Kedai ini agak ramai orang juga jikalau diwaktu tengahari kemungkinan sedap kot dan servis pun laju dan memuaskan.

Nasi Kandar Green Light

No 2, Jln Setia Permai BQ U13/BQ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

03-5878 1333

Tapau 3 bungkus nati untuk makan bersama dengan keluarga. 1 bungkus untuk saya, 1 bungkus untuk isteri dan 1 bungkus untuk anak saya. Mereka berkongsi sahaja tapi tambah nasi lebih.

Pelbagai jenis menu ada nasi kandar, kuahnya memang pekat dan kaw. Beratur juga nak beli nasi tadi. Kalau rasa hendak makan nasi kandar ala-ala di Pulau Pinang. Boleh cuba terus di Nasi Kandar Green Light.

Rancanganya nak keluar hari ini makan diluar disebabkan hujung minggu tetapi apakah daya, anak tidak sihat. Bagi sahaja mereka berehat di dalam rumah. Biarkan ayahnya pergi mencari nasi.

Mesti ada tanya kenapa tak masak pada hujung minggu kan? Sebab isteri saya terlampau penat berjaga malam tadi kerana anak yang sakit selalu merenget dan apabila batuk bunyi seperti kahak penuh di dalam kerongkong. Doakan kesihatan anak saya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content