Drama Aku Yang Kau Sakiti Episod 1-20 (Akhir) Tonton iQIYI

SHARE:

Saksikan drama terbaru Aku Yang Kau Sakiti yang akan menemui penonton mulai 1 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Obsesi Dia. A...


Saksikan drama terbaru Aku Yang Kau Sakiti yang akan menemui penonton mulai 1 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Obsesi Dia.

Anda boleh saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my.

Bukan itu sahaja, Aku Yang Kau Sakiti turut boleh di strim menerusi web www.iq.com atau aplikasi iQIYI sejurus selepas habis tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan percuma untuk semua selepas 48 jam.

Drama 20 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin serta nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Aku Yang Kau Sakiti 
Episod : 20
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 1 Ogos 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon
Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Syazwan Zulkifly, Natasya Mahyan, Aleza Shadan, Jasmin Hamid, Iman Suhana, Anies Hann, Izuan Razali dan ramai lagi.
Watak Lakonan

Watak Lakonan
Redza Rosli sebagai Rykal
Rita Nadira sebagai Amanda
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Fify Azmi sebagai Bella
Syazwan Zulkifly sebagai Faris
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Jasmin Hamid sebagai Mak Su Ippah
Natasya Mahyan sebagai Cika

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti
Drama Aku Yang Kau Sakiti mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda iaitu seorang anak yatim piatu selepas kematian ayahnya, Tuan Daniel yang dibunuh oleh sindiket pinjaman wang.

Dia kemudiannya telah dijaga oleh Tuan Zaki iaitu bapa kepada rakan baiknya, Bella. Tuan Zaki telah melayan Amanda seperti anaknya sendiri.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna.

Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Amanda juga mempunyai misinya yang tersendiri.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaannya hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal.

Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?



Drama Aku Yang Kau Sakiti Episod 1-20 (Akhir) Tonton iQIYI

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton iQIYI (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content