PENANG! Biodata Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang & Exco

SHARE:

  PENANG! Biodata Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang & Exco Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang & Senarai Barisan Exco Kerajaa...

 


PENANG! Biodata Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang & Exco


Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang & Senarai Barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal baharu pada 13 Ogos 2023.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dekat Seri Mutiara.

Pada majlis istiadat tersebut, Kon Yeow, 65, menerima watikah pelantikan dan disusuli dengan istiadat lafaz sumpah memegang jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota kemudiannya menandatangani surat cara pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar.

Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata tokoh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang

NAMA : CHOW KON YEOW
Umur : 65 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan tinggi : Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia

JAWATAN DALAM KERAJAAN

  • Mac 2008 – Mei 2013:
    • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
    • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Alam Sekitar
  • 9 Mei 2013 :
    • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Tebatan Banjir
  • 14 Mei 2018 :
    • Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
  • 13 Ogos 2023 :
    • Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang penggal kedua

WAKIL RAKYAT

  • Oktober 1990
    • ADUN DAP Pengkalan Kota
  • November 1999 – 2008
    • Ahli Parlimen DAP Tanjong
  • Mei 2018
    • Ahli Parlimen DAP Tanjong
  • Nov 2022 hingga kini
    • Ahli Parlimen DAP Batu Kawan

POLITIK

  • 1986 – 1990
    • Setiausaha Politik kepada Tan Sri Lim Kit Siang
  • 1989
    • Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang
  • 1991
    • Setiausaha DAP Pulau Pinang
  • 5 Disember 1999
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang
  • 19 Ogos 2001
    • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP
  • 9 September 2004
    • Naib Pengerusi DAP
  • 23 Ogos 20228
    • Naib Pengerusi DAP
  • 16 Disember 2012
    • Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
  • 1 Disember 2013
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang
  • 2021 hingga kini
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang


  • BARISAN EXCO KERAJAAN PULAU PINANG 2023

    1. Ketua Menteri Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
      Chow Kon Yeow (ADUN Padang Kota)
    2. Timbalan Ketua Menteri 1Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
      Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid (ADUN Batu Maung)
    3. Timbalan Ketua Menteri 2Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
      Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
    4. Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
      Rashidi Zinol (ADUN Sg Acheh)
    5. Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
      Zairil Khir Johari (ADUN Tanjong Bunga)
    6. Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
      Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
    7. Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
      Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)
    8. Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
      H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
    9. Belia, Sukan dan Kesihatan
      Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
    10. Perumahan dan Alam Sekitar
      Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
    11. Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
      Fahmi Zainol (ADUN Pantai Jerejak)



Sumber infografik : Facebook

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content