Drama Rindu Darul Iman Episod 1-20 (Akhir) Tonton RTMKlik

SHARE:

Saksikan drama terbaru Rindu Darul Iman yang akan menemui penonton mulai 9 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 2.30 peta...


Saksikan drama terbaru Rindu Darul Iman yang akan menemui penonton mulai 9 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 2.30 petang menerusi saluran RTM di TV Okey atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. diarahkan oleh Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip bersama daripada Marr Mohamad, Lynnda Shahrundi dan Eja Lorena.

Barisan Pelakon
Nomad, Risyka Akira, Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Asha Merican, Afiq Hamidon, Vicha Saywho, Maria Farida, Rita Nadira, Tania Hudson dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Nomad sebagai Iman
Risyka Akira sebagai Hanna
Nasha Aziz sebagai Hajar
Rozita Che Wan sebagai Puan Sri Julia
Zain Saidin sebagai Tan Sri Irsyad
Asha Merican sebagai Jojo
Afiq Hamidon sebagai Aniq

Sinopsis Rindu Darul Iman
Ianya mengisahkan tentang pergolakkan keluarga angkara darjat, terbongkar kebenaran Hanna bukanlah anak kepada Puan Sri Julia, sebaliknya dia merupakan anak Tan Sri Irsyad dengan wanita bernama Clarissa. Clarissa lari membawa diri keTerengganu setelah dihalau oleh Toh Puan Azura, bonda kepada Tan Sri Irsyad. Namun Hanna terpaksa dilepaskan dibawah jagaan Tan Sri Irsyad dan Puan Sri Julia.

Hanna kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari ibu kandungnya di Terengganu bersama rakan baiknya, Jojo. Namun sesampainya di sana mereka berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak dapat dielakkan. Kemunculan seorang pemuda bernama Iman membuatkan kehidupan Hanna semakin kucar kacir. Namun mereka berbaik kemudiannya setelah Iman yang diberhentikan kerja oleh majikannya bersetuju menjadi pemandu pelancong mereka dan membantu mencari ibu kandung Hanna.

Iman kemudiannya memperkenalkan Hanna dengan ibunya, Hajar tanpa mengetahui kebenaran hakikatnya yang sebenarnya. Hanna kagum dengan keakraban pasangan anak beranak itu yang saling manyayangi.

Sementara itu Aniq, adik tiri Hanna semakin bermasalah apatahlagi bila Tan Sri Irsyad membandingkannya dengan Hanna. Aniq berasa dirinya tidak berguna dan mula hanyut berkawan dengan budak nakal. Puan Sri Julia marah namun tidak mampu bertindak apa-apa kerana sedar layanan buruk Tan Sri Irsyad terhadap dirinya.

Usaha mencari Clarissa masih diteruskan. Dalam diam Jojo menyimpan perasaan terhadap Iman tetapi sebaliknya Iman sukakan Hanna namun tidak mampu berterus terang menyatakan perasaannya. Kemunculan Aizal di Terengganu memburukkan keadaan. Dia memberitahu kepada Iman bahawa Hanna bakal isterinya. Iman yang tidak cuba untuk bertanyakan perkara sebenar kepada Hanna terus lari membawa diri.

Muncul wanita bernama mak cik Rohani yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu kandung Hanna. Namun Iman terlebih dahulu mengetahui niat jahat wanita itu yang hanya menyamar sebagai Clarissa. Iman memberitahu perkara tersebut kepada Hanna namun dia tidak percaya kata-kata Iman.

Akhirnya kebenaran terbongkar yang Rohani hanya menyamar. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Iman telah ditikam. Hanna baru menyedari dirinya cintakan Iman. Pencarian ibu kandung Hanna tetap diteruskan hingga mereka bertemu Imam Bakar, orang lama di kampung tersebut yang mengetahui sejarah latar belakang Clarissa.

Mampukah Iman mempertahankan cintanya terhadap Hanna apabila mengetahui Hajar, ibunya adalah Clarissa yang dicari-cari oleh Hanna selama ini? siapakah pula Karim yang dikaitkan dengan Clarissa selama ini?



Drama Rindu Darul Iman Episod 1-20 (Akhir) Tonton RTMKlik

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

Streaming Online Di Tonton RTMKlik (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content