Jadual Feri Pulau Pinang Terkini 2023 & Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma HOT!~

SHARE:

Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023 Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa Penang Port kini mengumumk...

Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Penang Port kini mengumumkan pelanjutan tambang feri Pulau Pinang buat semua pengguna untuk tahun 2023.

Penang Port komited dalam mengurus, mengendalikan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan di Pulau Pinang.

Seperti yang kita tahu, pengangkutan feri di Pulau Mutiara sudah menjadi sebahagian keperluan harian pengguna setempat yang perlu berulang alik daripada kawasan tanah ke besar ke pulau.

Tambang feri percuma ditawarkan di dua terminal feri iaitu :

  • Pengkalan Sultan Abdul Halim
  • Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT)

Tempoh Tambang Percuma

Tempoh tawaran ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.

Penumpang Yang Layak Memohon

Tawaran ini dikhaskan kepada warganegara Malaysia sahaja (pemegang MyKad/MyKid).

Jadual Perjalanan Feri

Bermula 1 Januari 2023, jadual perjalanan feri akan dikemaskini seperti jadual di bawah :




Untuk makluman, bermula 1 Januari hingga 31 Julai 2023, perkhidmatan feri RORO yang membawa motosikal dan basikal akan dihentikan buat sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf.

Ini bermakna, hanya feri yang membawa pejalan kaki sahaja yang akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut.


Dapatkan kemaskini jadual feri Pulau Pinang terkini untuk kemudahan anda ke Pulau Pinang.

Jadual feri Pulau Pinang yang baru ini mungkin berbeza daripada jadual sebelumnya susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang.

Perkhidmatan feri penting buat rakyat di negeri ini dengan 95 peratus daripada penumpang menggunakan medium pengangkutan itu untuk ke tempat kerja.

Dianggarkan 100,000 penumpang menggunakan feri bagi perjalanan sehala dalam tempoh sebulan dan perkhidmatan feri baharu ini menyasar sebanyak 1.2 juta penumpang setahun bagi perjalanan sehala.


Jadual Feri Pulau Pinang Terkini 2023


Tambang feri

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk V Sasedharan berkata, pihaknya sedang mengkaji kadar tambang feri baharu itu dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

4 buah feri baru

Feri Pulau Pinang kini berwajah baharu dengan adanya empat feri dikenali nama Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar yang berulang-alik dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).


Dari segi kapasiti, feri itu mampu memuatkan 150 penumpang pejalan kaki serta 50 penumpang bermotosikal dan berbasikal pada satu-satu masa.

3 feri akan beroperasi setiap hari, manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Kesemua feri baharu ini dibangunkan dengan konsep baharu serta dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup.


Dipetik melalui FB : Anthony Loke Siew Fook

PPSB membelanjakan RM100 juta untuk empat feri baharu itu termasuk kos bagi menaik taraf dua terminal berkenaan.

Feri terbabit boleh memuatkan 250 penumpang dan 50 kenderaan dua roda dalam satu masa yang waktu perjalanan memakan masa 10 minit berbanding 20 minit sebelum ini.

Promosi tiket feri percuma

Apabila ia mula beroperasi pada 7 Ogos nanti, semua penumpang termasuk bukan warga negara boleh menikmati perkhidmatan feri ini secara percuma selama sebulan.

Pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan.

Latihan itu turut membabitkan pengemudi feri dan pada masa sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri.


Jadual feri terkini

Feri ini akan beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi di PSAH dan berakhir pada jam 9.30 malam manakala di PRTU, feri akan bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 10 malam.

Beliau berkata, sebanyak 68 trip dua hala disediakan setiap hari dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit bagi waktu bukan puncak termasuk pada hari cuti umum dan hujung minggu.


Untuk kemaskini terbaru, layari laman web Penang Port di pautan https://www.penangport.com.my/services/ferry-services/schedule

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran tambang percuma bagi tahun hadapan, sila hubungi 04-3102363 atau layari laman web Penang Port di pautan https://www.penangport.com.my/ 


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content