Kemaskini Akaun Tabung Haji (TH) Sebelum 1 Oktober 2023

SHARE:

Sudahkah anda kemaskini maklumat akaun Tabung Haji? Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 ...

Sudahkah anda kemaskini maklumat akaun Tabung Haji? Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan kesulitan dalam melakukan transaksi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya pemegang akaun TH.


Kemaskini Akaun Tabung Haji (TH) Sebelum 1 Oktober 2023


Bagi pendeposit yang tidak mengemas kini maklumat peribadi, transaksi anda akan disekat.

Kenapa Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji?

Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan di media sosial dan laman web rasmi mereka bahawa pendeposit perlu membuat kemaskini maklumat akaun TH bagi melancarkan urusan anda di Tabung Haji seperti pengeluaran, pendaftaran Haji, semakan penyata dan lain-lain.

Proses kemaskini ini penting kerana ia adalah bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa.


Cara Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji (TH)

Kemaskini boleh dilakukan secara online di laman web THiJARI atau Pejabat Cawangan TH yang berhampiran anda.

Kemaskini maklumat akaun TH boleh dilakukan melalui web THiJARI (www.thijari.com.my) melalui menu Profil Saya > Kemaskini Butiran.

Maklumat yang boleh dikemaskini melalui THiJARI adalah seperti gelaranalamat e-mel, alamat surat menyurat, nombor telefon rumah / pejabat dan maklumat pekerjaan sahaja.

Jika anda terlupa kata laluan, boleh klik pada menu Terlupa Butiran Log Masuk di THiJARI (https://www.thijari.com.my) untuk semakan ID Pengguna dan penetapan kata laluan yang baru.

Sila rujuk panduan video di bawah:

Selain itu, kemaskini maklumat akaun TH juga boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Cawangan TH yang berhampiran.

Tarikh Akhir Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji (TH)

Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan kesulitan dalam melakukan transaksi.




sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content