Koleksi 15 Pantun Merdeka Untuk Menyemai Semangat Patriotik

SHARE:

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi Pantun Merdeka dengan rakan taulan bagi menyemai semangat kemerde...

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi Pantun Merdeka dengan rakan taulan bagi menyemai semangat kemerdekaan antara rakyat Malaysia.

Kemakmuran yang dicapai oleh rakyat Malaysia kini pastinya tidak dapat dinikmati sekiranya kita tidak hidup saling bertolak ansur dan bersatu padu mempertahhankan kedaulatan negara kita.


Koleksi 15 Pantun Merdeka Untuk Menyemai Semangat Patriotik


Apa itu Pantun Merdeka?

Pertama sekali sudah tentulah ia mesti sebuah pantun.

Secara ringkas ia mestilah karangan berangkap, terdiri dari jumlah baris yang genap. Separuh daripadanya pembayang dan separuh kemudian maksud.

Rima akhir pembayang mestilah berpadanan dengan rima akhir maksud.

Contoh jika pantun 4 kerat, maka pola rima akhir mestilah abab.

Koleksi Pantun Merdeka


Berikut merupakan koleksi Pantun Merdeka yang boleh anda kongsikan di akaun sosial media anda sempena bulan kemerdekaan bagi menyemai semangat patriotik cintaka negara kita Malaysia.

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Berkibar megah kebanggaan kita;
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Hindar dijajah, jauhi sengketa.

Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat membawa perpaduan,
Pelbagai kaum mewarnai Malaysia,
Malaysia megah di puncak kejayaan.

31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Jasa yang baik akan dikenang
Berbaktilah untuk Malaysia pertiwi.

Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang
Tanda cinta pada negara.

Berbudi bahasa amalan murni,
Apa yang salah perlulah ditegur,
Semangat patriotik perlu dijiwai,
Dengan penuh rasa bersyukur.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita,
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
Lima Puluh Lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.

Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Pemimpin adil lagi bijak,
Naungan raja jadi pelindung,
Di mana pun bumi kita dipijak,
Di situlah langit kita dijunjung.

Kaum melayu, Cina dan India,
‘Hidup sejahtera bersatu padu,
Jasa pemimpin jangan dilupa,
Rakyat terbilang negara maju.

Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.

Para pemimpin silih berganti,|
Menyumbang idea kemajuan negara,
Kita isi kemerdekaan ini,
Membina peradaban negara tercinta.

Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.

Kredit: AzhafizahThe InspirasiScribd


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content