Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) : Pendaftaran & Semakan

SHARE:

Apa Itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ? Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memb...

Apa Itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ?

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.

Program ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya layak untuk bantuan ini.

Menurut Dato’ Menteri Besar, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.

“Kerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.

“Kalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,” katanya.

Perkara ini diumumkan melalui Ucapan Hari Kebangsaan Dato Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2022 yang lalu.

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) : Pendaftaran & Semakan



Tahukah anda apakah itu INSAN dan apakah pula kelebihannya?

Jom kami kongsikan lebih lanjut melalui artikel ini.

Apakah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ?

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Bagi tahun 2023, INSAN Takaful dengan kuota 3 juta Rakyat Selangor yang beragama Islam adalah penambahbaikan kepada skim perlindungan konvensional yang sedia ada dan berteraskan patuh Syariah iaitu wang pampasan dari RM10,000 sehingga RM20,000 termasuk kemalangan yang berlaku di luar negara.

Nilai tambah perlindungan takaful ini juga memberikan kelebihan kepada pemegang sijil untuk membuat tuntutan wang pampasan sebanyak RM50 sehari bagi kemasukan wad.

Menerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Antara manfaat INSAN Takaful yang berlandaskan prinsip Syariat Islam sehingga RM20,000 dan antaranya adalah:

  • Perlindungan Takaful Kematian RM11,000
  • Perlindungan Takaful Kemalangan melibatkan kematian di luar negara RM20,000
  • Perlindungan Takaful Hilang Upaya Kekal RM10,000
  • Perlindungan Takaful kemasukan wad RM50 sehari sehinggan 30 hari maksima





Syarat Kelayakan

Anda layak untuk mendaftar JIKA :

  1. Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor
    ATAU
  2. Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor
    ATAU
  3. Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor

Selain itu, rakyat Selangor berusia 7 tahun sehingga 18 tahun kini juga telah dilindungi di bawah skim ini.

Ibu bapa diminta untuk mengikuti langkah mudah di bawah untuk mendapatkan sijil INSAN anak anda.

Tarikh Pendaftaran INSAN 2023 (Skim Insurans Hayat Selangor)

Pendaftaran baharu Sim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bermula pada 4 OGOS 2023.

Pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan dibawah pelan konvensional

*Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan


Semakan Status

Untuk membuat semakan status pendaftaran anda, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web https://programinsan.com/
  2. Isikan nombor kad pengenalan anda yang sah
  3. Sila rujuk butiran yang dipaparkan untuk simpanan anda.

  4. Cara Membuat Tuntutan (Claim Insurans)

    Layari laman web berikut https://programinsan.com untuk memastikan sijil INSAN itu milik anda.

    *tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.

    Untuk sebarang pertanyaan tentang tuntutan, anda boleh hubungi Rakan Insurans Rasmi INSAN, AmGeneral Insurance di talian 1 800 88 6333 atau email customer@amassurance.com.my . Untuk maklumat lanjut, layari www.amassurance.com.my


  5. Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai skim ini, sila rujuk saluran berikut:

    TALIAN HOTLINE

    Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)

    Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)

    Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)

    Talian 4: +60162534199 (Malay/English)

    Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)

    Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)

    Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)

    Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)

    Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)

    Talian 10: +60105616627 (Malay/English)

    E-mel: insanbantuan@wavpay.net

    Laman web : https://wavpay.net/insan-selangor/


  6. sumber:ecentral.my/programinsan.com/google.images

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content