Next Station, Jodoh (Awesome TV)

SHARE:

Jangan lupa saksikan telefilem Next Station, Jodoh, pada 11 Ogos 2023, Jumaat pukul 5:00 petang di di Saluran Astro (123) / MyTV (112) / Awe...


Jangan lupa saksikan telefilem Next Station, Jodoh, pada 11 Ogos 2023, Jumaat pukul 5:00 petang di di Saluran Astro (123) / MyTV (112) / Awesome TV.

Sebelum ini telefilem ini pernah ditayangkan pada Isnin, 9 malam di Awesome TV Saluran 112, MYTV.

Boleh cuba download aplikasi Awesome TV mengikut jenis handphone.
Android : https://apps.apple.com/my/app/awesometv/id1575575571?l=ms
iOS : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.awesometv.app.awesometv&hl=en&gl=US

Next Station, Jodoh 
Tarikh Tayangan : 11 Ogos 2023
Waktu Siaran : Jumaat, 5:00 petang
Siaran TV : Saluran Astro (123) / MyTV (112) / Awesome TV
Pengarah : Adinata khali

Barisan Pelakon
Naim Daniel, Nynaa Harizal, Nafiz Muaz, Putri Syahadah Nurjannah

Sinopsis Next Station, Jodoh
Mengisahkan Rusdi terpaksa menyimpan rahsia isterinya Lydia yang teraniaya sehingga di buang daerah ke Baling, Kedah. Selama 6 tahun kehilangan Lydia, anak-anak mereka Jihad dan Yuna beranggapan Lydia telah melupakan keluarga mereka. Orang yang selalu berbual dengan Rusdi adalah kenalan barunya. Rusdi kemudiannya merancang untuk menyatukan anak dan isterinya dengan berpura-pura sakit. 

Beliau amat teringin untuk makan Brownies Lobak, sejenis makanan tradisional yang di jual oleh isterinya sebelum di buang daerah. Untuk memenuhi permintaan Rusdi, bermulalah pengembaraan Jihad dan Yuna untuk mencari Brownies Lobak. Dalam perjalanan, pelbagai peristiwa lucu berlaku termasuk perkenalan Jihad dan Yuna dengan Pakcik Salim yang banyak memberi nasihat tentang hidup dan kasih sayang. Mereka juga berdepan dengan individu yang pernah mengenali Lydia. 

Pak Cik Salim kemudian membawa mereka sehinggalah sampai ke rumah Lydia. Pakcik Salim sebenarnya adalah orang kurang siuman yang terlepas dari hospital bahagia namun memahami erti kasih sayang. Akhirnya perjalanan Jihad dan Yuna berjaya menyatukan mereka dan mempertahankan maruah mereka sekeluarga terutamanya Jihad yang selama 6 tahun ini sangat membenci ibunya.



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content