Selamat Hari Kidal Sedunia 13 Ogos

SHARE:

Selamat Hari Kidal Sedunia!  Tarikh 13 Ogos 2023 iaitu pada hari ini merupakan tarikh yang dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa u...


Selamat Hari Kidal Sedunia! 

Tarikh 13 Ogos 2023 iaitu pada hari ini merupakan tarikh yang dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa untuk meraikan individu istimewa bermula pada 13 Ogos 1976. Dengar seperti sangat istimewakan, bukan hanya Malaysia tapi sedunia meraikannya.

Ada sesetengah individu kidal merasakan keadaan tangan kiri yang lebih dominan merupakan ‘kecacatan’ buat mereka. Tapi tahukah anda sebenarnya individu kidal ini lebih istimewa berbanding yang lain?

Ini fakta-fakta menarik yang kami kumpulkan mengenai individu kidal.
  1. Hanya 10% (708 juta orang) daripada seluruh populasi dunia merupakan individu kidal dan jumlah ini tetap sama selama ribuan tahun.
  2. Kebanyakan daripada individu kidal berjantina lelaki.
  3. Dalam sejarah, individu kidal dianggap lebih rendah kastanya jika dibandingkan dengan individu tangan kanan malah disifatkan sebagai ahli sihir.
  4. Individu kidal lebih bijak daripada individu pengguna tangan kanan.
  5. Lima daripada tujuh orang Presiden Amerika Syarikat menulis dengan menggunakan tangan kiri; Gerald Ford, Ronald Reagan, George H.W Bush, Bill Clinton, dan Barack Obama.
  6. Di Virgina, Amerika Syarikat terdapatnya kawasan yang dinamakan sebagai Tangan Kiri.
  7. Dalam filem The Simpsons, karakter Ned Flanders membuka kedai yang menghasilkan produk ‘The Leftorium’ khas untuk individu kidal.
  8. Individu tangan kiri digelar sebagai ‘Lefties’ dan ‘Southpaws’.
  9. Individu kidal lebih mudah melihat apabila berada dalam air.
  10. Individu kidal lebih kreatif dan berjiwa seni seperti Leonardo Da Vinci yang terkenal dengan lukisan Monalisa.
  11. Golongan bangsawan dan penemuan banyak terdiri daripada individu kidal seperti Issac newton, Albert Einstein, Ratu Elizabeth II dan Putera William.
  12. Individu kidal lebih jaguh dalam aktiviti sukan seperti Lionel Messi dan Rafael Nadel.
  13. Individu kidal boleh menggunakan kedua tangannya untuk melakukan aktiviti, contohnya menulis dengan tangan kiri dan makan menggunakan tangan kanan.
  14. Individu kidal sering disalah anggap sebagai individu kurang sopan kerana menjalankan aktiviti dengan menggunakan tangan kiri seperti makan dan bersalaman.
  15. Individu kidal lebih mudah mendapatkan tekanan kerana mempunyai pemikiran yang kreatif.

Banyak lagi fakta menarik yang boleh anda dapati mengenai individu kidal, namun jangan percaya bulat-bulat kerana ianya cumalah sekadar hiburan bagi menghiburkan golongan minoriti ini. 

Untuk individu kidal, jangan rasa diri anda ‘disisihkan’. Tetaplah meneruskan kehidupan dengan bahagia.

Selamat Hari Kidal Sedunia, individu-individu kidal sedunia!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content