PERHATIAN KAKITANGAN KERAJAAN!~ Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam

SHARE:

PEMAKAIAN BAJU BATIK MALAYSIA SEMASA WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian ...


PEMAKAIAN BAJU BATIK MALAYSIA SEMASA WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui Surat Edaran JPA.100-1/4/1(13).

Pemakaian batik digalakkan pada hari bekerja yang lain

PERHATIAN KAKITANGAN KERAJAAN!~ Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam


Berikut dikongsikan lampiran lengkap dan tatacara yang berkaitan dengan pemakaian Baju Batik bagi Penjawat Awam.

Pemakaian Baju Batik Setiap Khamis Bagi Penjawat Awam – 2023

Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, kecuali kepada pegawai yang:

  1. Dibekalkan pakaian seragam
  2. Menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu

Tatacara pemakaian batik boleh dirujuk di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (SPP1/2006).

Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang termasuklah :
(a) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga,
(b) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima,
(c) berkolar Nehru butang terselindung,
(d) berkolar Mandarin berbutang tiga.






Sumber : FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI

Untuk makluman, pemakaian batik Malaysia oleh Pegawai Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985.

Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai watisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, Kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.

Arahan pemakaian ini berkuatkuasa dari 21 Ogos 2023, dan pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkausa dan Pihak Berkuasa Tempatan.



Muat turun Surat Edaran JPA.100-1/4/1 (13) pada pautan:

https://www.jpa.gov.my/…/3131-pemakaian-pakaian-batik…

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Tel: 603 8000 8000

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Muat Turun : SURAT EDARAN JPA.100-1/4/1(13)


sumber:ecentral.my/jpa.gov.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content