TANGGAL 31!~ Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 & Ambang Merdeka

SHARE:

TARIKH & LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 / SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DI SETIAP NEGERI Program Ambang Merdeka akan diadakan pada ...


TARIKH & LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 / SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DI SETIAP NEGERI

Program Ambang Merdeka akan diadakan pada malam 30 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlansung pada 31 Ogos setiap tahun tentu menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Ini kerana terdapat pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan suasana di samping menyuntik rasa cintakan negara.

Jom kita ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari kemerdekaan kita.

Berikut dikongsikan butiran tarikh, lokasi dan masa bagi kedua-dua sambutan ini.

TANGGAL 31!~ Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 & Ambang Merdeka

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 PERINGKAT NEGERI SELURUH MALAYSIA

Sambutan Ambang Merdeka bagi tahun 2023 akan diadakan di 9 Negeri pada masa yang sama!

Tarikh : 30 OGOS 2023 (RABU)

Masa : 8.00 malam -12.00 malam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023

Sambutan Hari Merdeka pula akan diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.

Berikut dilampirkan Pelan Tapak Sambutan untuk memudahkan perancangan serta navigasi anda bersama keluarga pada hari berkenaan.

Sila semak lokasi tempat duduk awam, tempat letak kereta dan tapak penjaja makanan serta food truck.

Datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.


Pelbagai acara menarik menanti dan jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69.


36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023, jam 7.00 pagi. Jom beramai-ramai kita meriahkan sambutan!!!

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir!

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

PERKHIDMATAN SHUTTLE BUS & LOKASI TEMPAT LETAK KERETA AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023

Anda ingin menggunakan shuttle bus atau menaiki kenderaan sendiri untuk ke Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya?

Usah risau, usah khuatir.

Semak jadual perkhidmatan Shuttle Bus dan pilih lokasi Pick Up & Drop-off berdekatan anda.

Semak juga lokasi dan jumlah tempat letak kereta awam bagi melancarkan perjalanan anda ke lokasi sambutan.



Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 ini.

Jumpa anda di sana!!!


sumber:ecentral.my/google.images

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content