Pinang Durian

SHARE:

Saksikan telefilem original Pinang Durian yang akan menemui penonton mulai 9 Ogos 2023, bersiaran pada hari Rabu dan seterusnya secara ekskl...


Saksikan telefilem original Pinang Durian yang akan menemui penonton mulai 9 Ogos 2023, bersiaran pada hari Rabu dan seterusnya secara eksklusif di web www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Cerita ini merupakan inspirasi daripada karya Allahyarham Mamat Khalid dengan tajuk yang sama 'Pinang Durian' yang pernah ditayangkan pada tahun 2000.

Mungkin kita biasa dengar tentang filem-filem Zombi Kampung Pisang jika berkaitan dengan beliau, tetapi sebenarnya ada sebuah drama yang dihasilkan dan mendapat pengiktirafan.

Karya asal Pinang Durian tersebut pernah tersenarai top 5 untuk Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2001. Pada ketika itu jugalah, Mamat Khalid dinobatkan sebagai pengarah terbaik menerusi drama tersebut.

Telefilem kali ini diterbitkan oleh syarikat produksi Along Kamaludin Production dan diarahkan oleh penerbit itu sendiri iaitu Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Azlina Din.

Pinang Durian
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2023
Tarikh : Rabu
Siaran : Tonton
Penulis Skrip: Azlina Din
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Along Kamaludin Production

Barisan Pelakon
Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Usop Wilcha, Din Dangerous Kiah Propa, Syanie Hisham, Delimawati, Along Kamaludin, Josiah Hogan, Anas Ridzuan, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Khai Bahar sebagai Hamid
Tiz Zaqyah sebagai Intan
Farouk Hussain sebagai Maidin
Usop Wilcha sebagai Seman
Kiah Propa sebagai Mak Mah

Sinopsis Pinang Durian
Ianya mengisahkan tentang pasangan bercinta dari dua warga Gopeng dan Pulau Pinang iaitu Intan dan Hamid yang terhalan gara-gara perbalahan kedua-dua bapa mereka.

Permusuhan antara Maidin dan Seman telah tercetus sejak 18 tahun lalu dimana ianya berpunca daripada insiden buah durian.

Adakah akhirnya nanti Hamid dan Intan mampu untuk mempertahankan cinta mereka? Dan adakah mereka juga mampu untuk mendamaikan perang yang sudah lama tercetus?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content