Satu Hari Berjalan Di Genting Highlands

SHARE:

Pada mulanya tidak merancang pun hendak pergi ke Genting Highlands untuk jalan-jalan satu hari di sana. Disebabkan teringin hendak naik kere...

Pada mulanya tidak merancang pun hendak pergi ke Genting Highlands untuk jalan-jalan satu hari di sana. Disebabkan teringin hendak naik kereta kabel / cable car dan rasanya yang paling dekat ialah berada di Genting Highlands selain di Langkawi.

Rancangan last minit ini memang menjadi dan hari ini pula merupakan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dan rasa kemungkinan tidak sesak di Genting Highlands jadi kami teruskan rancangan selepas bangun pagi daripada rumah terus ke Genting Highlands melalui Plaza Tol Gombak yang dikenakan caj sebanyak RM6.00 sahaja.

Jalan di Genting Highlands agak mencabar juga dengan pertama kali sampai disana kerana bengkang-bengkok jalan raya itu memang agak tajam.

Cuaca hari ini pula hujan dan menyebabkan kabus memang begitu tebal sekali apabila tiba di puncak. Sampai tidak nampak jalan hendak ke sana seketika dan apabila hujan berhenti kembali seperti asal.

Kesejukannya sama seperti apabila berada di Cameron Highlands disebabkan tempat tinggi memang sejuk tambahan pula dengan pokok yang banyak di sekeliling.

Perjalanan hari ini memang memenatkan dengan jalan di Genting Highlands Premium Outlet yang berdekatan sahaja di Awana Skyway iaitu kereta kabel / cable car yang hendak pergi ke puncak dan akhirnya kereta kabel / cable car berhenti di SkyAvenue.

Rasa hendak tercabut kaki jalan di 2 shopping mall di Genting Highlands serentak dan tidak sempat hendak pergi ke tempat-tempat lain. Insyallah lain kali kalau ada rezeki kita boleh datang lagi.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content