Selangor Cuti 14 Ogos Ini Jika PH-BN Menang PRN

SHARE:

Amirudin Shari SHAH ALAM – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor berjanji akan melaksanakan lima perkara yang diikhtiarkan d...

Amirudin Shari

SHAH ALAM – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor berjanji akan melaksanakan lima perkara yang diikhtiarkan dalam Tawaran Kita Selangor dalam jangka masa 100 selepas kemenangan pakatan itu nanti.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lima perkara itu ialah menghargai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 golongan itu bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.

Kedua, katanya, melaksanakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung, rumah kos rendah dan ketiga, seramai 1,000 mahasiswa Selangor akan menerima baucar buku Kita Selangor bernilai RM200.

Kata beliau, perkara keempat ialah menaikkan elaun imam, bilal dan siak serta kelima, seramai 500 petani, pesawah dan nelayan akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000.

“Keyakinan kita untuk melaksanakan ini semua bukanlah kerana kita angkuh tetapi kerana kita yakin dengan kebijaksanaan rakyat Selangor.

“Kita sedar untuk mengangkat Selangor dan rakyatnya ke suatu harakat yang lebih gemilang, perlunya kepada suatu kerajaan yang terbukti cekal menghadapi cabaran, cekap, tangkas dan berwibawa mengemudi kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi rakyat dan menawarkan solusi kepada perkara serta cabaran yang bakal dihadapi.

“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor esok dan membentuk kerajaan negeri, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Selangor pada 14 Ogos iaitu Isnin ini,” katanya dalam Amanah Khas Menteri Besar di sini hari ini.

Kata Amirudin, PRN esok adalah penting dalam sejarah Selangor, yang mana rakyatnya bakal menentukan masa hadapan negeri itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, rakyat mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri itu ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN ini untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk Selangor.

“Kita harus melaksanakan amanah mengundi ini dengan rasa penuh tanggungjawab, menyingkirkan emosi dan ego memilih pimpinan negeri dan jangan sesekali dipengaruhi rasa benci.

“Ini bukanlah zero-sum game. Janganlah kerana pilihan raya, kita menaruh dendam dan menanam benih kebencian. Janganlah kerana pilihan raya kita suudzon terhadap akidah saudara kita.

“Saya menghormati setiap pilihan rakyat. Itu hak anda. Hak sebagai warganegara. Kita semua warganegara Malaysia. Tiada seorang pun second class citizen. Sepertimana yang saya pernah tegas, no one will be left behind,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas jerih payah jentera PH dan BN di setiap 56 kawasan Dewan Negeri dari Sungai Air Tawar di utara sehingga ke Sungai Pelek di Selatan bekerja untuk parti.

Pesanannya kepada rakyat Selangor, demi masa hadapan negeri, anak dan generasi akan datang undilah calon PH-BN.

“Undilah calon Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

“Pilih gabungan yang telah menunjukkan prestasi dan pencapaian cemerlang sepanjang lima tahun ini mengatasi pelbagai krisis dan dugaan. Setiap undi dari anda adalah berharga,” katanya. – MalaysiaGazette

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content