Di dalam hidup ini adalah pertama kali saya menaiki cable car / kereta kabel. Sebelum pergi ke sana saya ada membuat carian di Google Search...
Kereta kabel Awana Skyway, yang juga dikenali sebagai Awana Skyway (sekitar 2016) baru, ialah sistem angkat gondola yang menghubungkan Hab Pengangkutan Awana, Kuil Chin Swee dan SkyAvenue di Genting Highlands, Pahang, Malaysia sejak Ogos 2016. Terminal Hab Pengangkutan Awana terdiri daripada Terminal Bas Awana baru, bangunan stesen dan tempat letak kereta baru 8 tingkat manakala terminal lain terletak di SkyAvenue.
Awana Skyway adalah salah satu daripada dua laluan udara yang melayani Genting Highlands, dengan Genting Skyway berfungsi sebagai laluan alternatif. Sistem angkat gondola dilancarkan pada tahun 2016, dan ia menggantikan sistem trem tayar udara bekas 2-kereta yang berjalan antara 1977 dan 2014. Sistem angkat gondola boleh membawa sehingga 3,600 penumpang sejam dengan 10 penumpang setiap gondola. Pada kelajuan maksimum 6 meter sesaat (21.6 km/j), perjalanan sejauh 2.8 kilometer di puncak gunung mengambil masa kira-kira 10 minit, walaupun ia berubah mengikut keadaan cuaca.
Awana SkyWay, Genting Highlands, Pahang.
Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang
03-6101 1118
Cuaca hari ini memang agak mendung dan apabila tiba di atas memang agak tebal kabusnya menyebabkan tidak nampak jalan ketika berada di SkyAvenue iaitu beradai betul-betul bandar Genting Highlands.
Pengalaman ini memang saya akan ingat sampai ke tua kerana biasalahkan baru pertama kali naik. Kalau hendak beli tiket disini ada 3 cara iaitu dengan menggunakan kiosk layan diri, kaunter tiket dan juga aplikasi rwgenting.
Harga tiketnya kalau 1 hala hanya RM10 sahaja dan jikalau hendak pergi dan balik dapat diskaun RM2 iaitu jadinya RM18 sahaja dan jikalau ada anak yang kurang ketinggian daripada 90cm adalah masuk percuma dan jikalau lebih tinggi harganya sama sahaja dengan orang dewasa.
COMMENTS