Drama Din Tiger (Unifi TV)

SHARE:

Nantikan drama Unifi TV Originals: Din Tiger arahan pengarah Dato’ Afdlin Shauki mengetengahkan isu jenayah penipuan atau scam yang semakin ...

Nantikan drama Unifi TV Originals: Din Tiger arahan pengarah Dato’ Afdlin Shauki mengetengahkan isu jenayah penipuan atau scam yang semakin berleluasa di Malaysia. Drama bergenre dramatik thriller aksi ini menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Dato’ Afdlin Shauki, Datin Nina Juren, Tony Eusoff, Josiah Hogan, Adam Corrie dan Mia Sara Shauki.

Saksikan Din Tiger akan mula bersiaran pada 6 Januari 2025, setiap Isnin jam 11 malam, eksklusif di DEGUP HD, Saluran 120 di Unifi TV. Saluran ini terbuka secara percuma untuk semua pelanggan Unifi TV! Boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV.

Din Tiger
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 6 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV)
Penulis Skrip: Norsyiella Annuar, Haris M. Nor, Amin Shakib, Lepat, Rahman Nayan
Pengarah: Afdlin Shauki
Produksi: KL Post Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aaron Aziz sebagai Din Tiger
Mia Sara Shauki sebagai Elyn
Afdlin Shauki sebagai Boss Mario (Tan Sri Alif)
Nina Juren sebagai Madam Big Boss
Josiah Hogan sebagai Anat
Tony Eusoff sebagai DSP Openg
Adam Corrie sebagai Lai Chee
Serene Claire sebagai Marsha
Arieana Mikayla sebagai Elyn
Ako Mustapha
Jessica Kueh Mei Fung

Sinopsis Din Tiger
Mengisahkan Din Tiger, seorang pakaryang mengendalikan sindiket scammer terbesar untuk ketua jenayah terkenal, Big Boss Mario aka Dato Sri Alif, memutuskan untuk meninggalkan dunia scammer demi memberi tumpuan kepada isterinya, Marsha, dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun, Elyn.

Keputusan beraninya membuatkan Big Boss Mario kecewa, tetapi dia tetap menghormati pilihan Din. Namun, Anat, pekerja bawahan Din yang setia, risau tentang keselamatan Din, memandangkan selama ini mereka berada di bawah perindungan Big Boss Mario.


Din tetap tekad untuk berubah kerana sejak dan kecil lagi dia berkecimpung dalam dunia penipuan bermula dengan mesin kuda sehinggalah menjadi scammer dan menipu ribuan mangsa. Dengan bantuan abang iparnya, Lai Chee yang menjalankan operasi pinjaman wang berlesen. Din merancang membuka sebuah kedai gadget dan meraikan kejayaan tersebut bersama Lal Chee. Namun, impian itu hancur apabila Marsha dibunuh dengan kejam dan Din dituduh sebagai pembunuh.


Sepuluh tahun kemudian, Din dibebaskan dari penjara dengan satu misi dalam fikirannya membawa keluar anaknya, Elyn, yang kini dalam genggaman Big Boss Mario. Tetepi tugas jauh lebih sukar daripada yang disangkanya Elyn telah menganggap bapanya sudah mati dan kini hidup bahagia dengan keluarga barunya lagi-lagi Madam Big Boss sangat menyayangi Elyn seperti anak kandung sendi. Elyn mewarisi kebijaksanaan Din dan digunakan untuk memperkukuhkan lagi empayar scamming Big Boss Mario.

Din bekerjasama dengen DSP Openg, seorang pegawal polis yang berdedikasi dalam operasi membanteras jenayah scammer. Openg ingin menumpaskan Big Boss Mario. Din masuk semula ke dalam dunia lama hanya ingin membawa keluar anaknya dan pada masa yang sama memberi maklumat dan bukti yang boleh menjatuhkan Big Boss Mario kepada DSP Openg.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content