Filem Papa Zola The Movie (2025)

SHARE:

Filem animasi Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw sudah mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025. Fi...

Filem animasi Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw sudah mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025. Filem ini telah mencatat kejayaan memberangsangkan apabila berjaya meraih kutipan lebih RM 10 Juta.

Papa Zola tampil sebagai watak utama dalam filem pertamanya sendiri. Buat julung kalinya, kisah asal-usul Papa Zola yang belum pernah didedahkan akan dipaparkan di layar perak melalui penceritaan baharu yang penuh aksi dan kejutan.

Humor ikonik Papa Zola menjadi tunjang utama naskhah ini, menyajikan hiburan untuk seisi keluarga. Jalan ceritanya turut direka agar dapat dinikmati tanpa memerlukan penonton mengikuti siri BoBoiBoy sebelum ini. Dengan gabungan aksi mendebarkan, drama menyentuh emosi dan elemen komedi tanpa henti, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang mampu memikat penonton dari pelbagai peringkat usia dan generasi.

Berlatarkan Kuala Lumpur, Papa Zola The Movie membawakan dimensi baharu dalam dunia Papa Zola. Hasil sentuhan kreatif MONSTA menampilkan kematangan animasi tempatan melalui visual yang memukau, aksi bertenaga serta reka bentuk dunia yang lebih epik dan berskala besar.

Papa Zola The Movie sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.

Papa Zola The Movie
Genre: Aksi Keluarga
Idea Asal: Nizam Abd Razak
Pengarah: Nizam Abd Razak
Produksi: Monsta Studios Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 11 Disember 2025

Barisan Pelakon
Nizam Abd Razak sebagai Papa Zola
Diani Fawzi sebagai Mama Zila
Yusuf Bahrin sebagai Kachax Khan
Aloeng Silalahi sebagai YonB
Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
Imaad Iskandar sebagai Otoi
Nurfathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
Mimi Ami sebagai Cimubot

Lagu Tema (OST)
Lagu: Demi Kebenaran
Artis: Insomniacks
Komposer: Iqie, Isk, Dan, Izzy Musa

Sinopsis Papa Zola The Movie
Mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarganya. Dia bertekad untuk memberikan percutian yang sempurna kepada keluarganya dan mula mengumpul duit untuk tujuan itu. Secara tidak disangka, Papa Zola bertemu semula dengan sahabat lamanya yang pernah berkhidmat bersamanya dalam sebuah organisasi rahsia bernama P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). Namun, apabila Pipi Zola diculik oleh makhluk asing, Papa Zola dan Mama Zila perlu bertindak segera untuk menyelamatkan anak mereka dan melindungi dunia daripada ancaman makhluk asing.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content