$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Amyra Rosli selamat jalani pembedahan apendiks – “Terima kasih doakan saya” - TQVM

SHARE:

  Amyra Rosli selamat jalani pembedahan apendiks – “Terima kasih doakan saya” Pelakon terkenal, Amyra Rosli menzahirkan ucapan terima kasih ...

 

Amyra Rosli selamat jalani pembedahan apendiks – “Terima kasih doakan saya”

Pelakon terkenal, Amyra Rosli menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakannya sepanjang menjalani pembedahan akibat komplikasi apendiks.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amyra meluahkan rasa syukur kerana pembedahan tersebut berjalan lancar dan kini sedang menjalani fasa pemulihan.

Selamat jalani pembedahan

Amyra Rosli Selamat jalani pembedahan

“Terima kasih kepada semua atas doa, mesej, dan kunjungan yang diberikan. Alhamdulillah, pembedahan apendiks berjalan dengan lancar dan saya kini sedang dalam fasa pemulihan,” tulis Amyra

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga menitipkan ucapan penghargaan kepada suaminya, Amar Baharin, atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sejak mula hingga selesai pembedahan.

Menurut Amyra, suaminya turut menyaksikan kesakitan yang ditanggung olehnya sebelum pembedahan dijalankan.

“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, sayang. Awak melihat sendiri betapa sakitnya saya sebelum pembedahan. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Amyra turut merakamkan penghargaan buat ibu, ayah, dan adik-beradiknya atas bantuan menjaga anak-anak dan urusan lain sepanjang beliau berada di hospital.

“Terima kasih kepada mama, ayah, dan adik-beradik kerana menjaga anak-anak serta membantu pelbagai urusan semasa kakak berada di hospital dan sehingga kini. Semoga Allah membalas kebaikan semua,” tambahnya lagi.

Menerusi gambar dikongsikan dalam Instagramnya, Amyra difahamkan masih ditempatkan di hospital bagi pemantauan.

 

Sumber: Instagram aamyrarosli / Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content