$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Seminggu untuk pimpinan penguat kuasa buat kerja atau turun jawatan – PM Anwar

SHARE:

  Seminggu untuk pimpinan penguat kuasa buat kerja atau turun jawatan – PM Anwar   Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa ...

 

Seminggu untuk pimpinan penguat kuasa buat kerja atau turun jawatan – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal terhadap kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang masih berlaku dalam menangani jenayah kewangan, penyeludupan dan kegiatan gelap di negara ini.

Tempoh seminggu untuk pimpinan penguat kuasa!

Namun begitu, beliau mengakui kerajaan telah mencatat beberapa kejayaan dalam bidang ekonomi dan pengurusan sepanjang tiga tahun pentadbirannya.

“Kita boleh bersyukur atas pencapaian yang ada, alhamdulillah. Tapi di sebalik kejayaan itu, kita mesti insaf bahawa masih banyak ruang untuk diperbaiki,” katanya.

pimpinan penguat kuasa

Foto: Bernama

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis amanat majlis amanat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguat Kuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan di Putrajaya, hari ini.

 

Beliau menegaskan bahawa kelemahan tertentu dalam sistem penguatkuasaan tidak boleh dibiarkan termasuk isu penyeludupan, pencerobohan, serta kegiatan gelap yang masih berlaku di beberapa kawasan.

“Walaupun kita ada pasukan yang berpengalaman, baik dalam penjawat awam, penguat kuasa mahupun sektor swasta, saya merasakan masih ada ruang empungan yang mesti diperbaiki,” ujarnya.

Menteri Kewangan itu turut menekankan bahawa sikap ansur atau memberi keizinan secara tidak langsung terhadap kegiatan haram adalah perkara serius yang menuntut tindakan segera.

pimpinan penguat kuasa

Foto: Bernama

Menurut beliau, isu ini bukan sekadar kelemahan individu, tetapi memerlukan kerjasama pasukan secara menyeluruh.

“Kalau kita tidak mahu membiarkan penyeludupan atau kegiatan haram berlaku, maka semua pihak mesti bekerja sebagai satu pasukan. Semua agensi perlu bersepadu, tidak boleh bertindak secara bersendirian,” jelasnya.

Malah, beliau mengumumkan tempoh seminggu kepada pegawai yang merasakan diri tidak mampu memikul tanggungjawab mereka untuk membuat pilihan, sama ada melakukan perubahan secara serius atau melepaskan jawatan.

“Kalau sudah diamanahkan tetapi merasakan cabaran terlalu berat, atau tarikan pelawakan terlalu menarik, maklumkan dalam tempoh seminggu kepada ketua atau kepada saya sendiri. Biar kita beri laluan kepada yang lebih bersedia,” tegasnya.

Beliau menegaskan, tindakan ini bukan untuk menghukum sebaliknya memastikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan tidak terjejas.

pimpinan penguat kuasa

Foto: Bernama

Tegas Anwar lagi, pegawai kanan yang memegang jawatan tinggi walaupun dianugerahi pelbagai pengiktirafan harus menjadi pemangkin kepada tindakan tegas dan berintegriti, bukannya bersikap sambil lewa.

“Bagaimana kita boleh izinkan penyeludupan berlaku secara terbuka? Apakah kita tidak melihat bolosnya sempadan, atau kita sudah hilang nilai tentang kebenaran, hikmah, ihsan dan keadilan?” soal beliau.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk menilai kesanggupan mereka memikul tanggungjawab dengan jujur dan menggunakan tempoh seminggu ini untuk melakukan penambahbaikan secara menyeluruh.

“Tempoh ini adalah peluang terakhir untuk menilai diri. Jika tidak sanggup, lepaskan jawatan adalah lebih terhormat dan beri ruang kepada pihak lain yang lebih bersedia. Negara ini punya potensi besar, dan rakyat mengharap pembaharuan serta keadilan,” tegasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Anwar juga menekankan nilai kesedaran diri, keikhlasan dan naluri untuk melakukan kebaikan sebagai asas kepada setiap tindaka  sambil berharap semua pihak diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

 
Sumber : ohmymedia.cc

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content