Puteri Balqis mencabar individu yang menuduh bapa tirinya, Farris mengambil bahan terlarang agar mengemukakan bukti, bukan melempar andaian ...
Puteri Balqis mencabar individu yang menuduh bapa tirinya, Farris mengambil bahan terlarang agar mengemukakan bukti, bukan melempar andaian melulu.
Menerusi hantaran Instagram Story (IGs), Puteri Balqis atau Aqish mendakwa dia tidak menerima jawapan konon tahu keadaan keluarganya daripada luaran.
"Soalan paling 'simple' abad ini daripada kami... Bukti. Takkan tiba pada 'family' kami todak perlu bukti?
"Alah, tengok pun tahu, bukan jawapan. Pergi cari, aku bagi 'job', kerja lebih masa," tulisnya.
Pelakon drama Keluarga Itu tampil bersuara mempertahankan bapa tiri yang didakwa segelintir pihak sebagai penagih dadah hanya berdasarkan caranya memegang pemetik api.
Dakwaan itu disifatkan Aqish sebagai tidak berasas dan berulang, sama seperti apa yang pernah dilalui ibunya, sebelum ini.
Aqish turut meluahkan rasa kecewa apabila bapa tirinya menjadi sasaran tuduhan liar tanpa bukti kukuh.
"Sekarang ayah tiri aku pula dituduh penagih. Benda yang sama kena pada emak aku dulu.
"Aku jelaskan di sini, ayah tiri aku bekerja hari-hari. Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, Farris akan jaga sepenuhnya mak aku. Pasukan aku yang lain akan ambil alih kerja Farris," katanya.
Sumber: Harian Metro
COMMENTS