Didie Alias minta rakan selebriti jadi lebih matang – “Nak gaduh depan-depan, bukan di media sosial”

SHARE:

 Didie Alias minta rakan selebriti jadi lebih matang – “Nak gaduh depan-depan, bukan di media sosial” Pelakon dan pengacara, Didie Alias tam...

 Didie Alias minta rakan selebriti jadi lebih matang – “Nak gaduh depan-depan, bukan di media sosial”

Pelakon dan pengacara, Didie Alias tampil memberi nasihat kepada golongan selebriti untuk tidak bertikam lidah di media sosial sebaliknya menyelesaikan masalah secara matang dan profesional.

Menerusi perkongsian di Threads, Didie, 54, menegaskan bahawa platform digital bukan medium yang sesuai untuk menyelesaikan masalah masalah malah boleh mengeruhkan lagi keadaan.

 

 

Jadi lebih matang

Didie Alias minta rakan selebriti jadi lebih matang

“Mudah sahaja, tidak perlu luahkan di media sosial. Nak settle jumpa depan-depan.
“Selesai secara bersemuka lebih profesional. Contoh macam saya, kalau tak puas hati, saya pergi jumpa terus.
“Orang kata saya gaduh dengan orang itu, saya pergi jumpa. Kalau beritahu dalam media sosial, lagilah netizen bagi nasi tambah,” kata Didie, dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Diminta untuk mengulas berkenaan isu melibatkan dua pelakon yang kini menjadi perdebatan hangat di media sosial, Didie memilih untuk tidak menunding jari kepada mana-mana individu terbabit.

Malah dia percaya mereka juga sudah cukup matang untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik tanpa membiarkan ia berlarutan menjadi lebih parah.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Masing-masing sudah besar dan matang, malah sudah pun berkeluarga atau bakal mendirikan rumah tangga.
“Dalam media sosial, lebih elok kita kongsikan hal berkaitan kerja. Perkara remeh tak perlu dicanang. Industri kita kecil,” jelasnya.

Tambah Didie, menjaga hubungan sesama rakan industri begitu penting bagi memastikan industri seni dapat berkembang tanpa melibatkan perselisihan faham.
 

Terdahulu, Puteri Balqis, menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha dan mendakwa ibunya pernah dimalukan oleh keluarga dan juga kenalan dari pihak aktres tersebut suatu ketika dahulu.

Perkara itu menjadi bualan di media sosial terutama di Threads apabila banyak pihak mula mengeluarkan pandangan masing-masing.

 

Sumber: Threads copeanotfoundd / Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content