Drama Bisik Asmara (TV3)

SHARE:

Nantikan drama bersiri 'Bisik Asmara' bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 21 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 m...


Nantikan drama bersiri 'Bisik Asmara' bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 21 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Episod baharu turut boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran televisyen. Drama 20 episod ini diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dibawah arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Sophia AlBarakbah dan Uqasha Senrose.

Bisik Asmara
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Saluran: Samarinda TV3
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Zakinah Ab Zarith
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Farhan
Sophia AlBarakbah sebagai Sheila
Uqasha Senrose sebagai Noreen
Ruminah Sidek sebagai Umi
Nadia Brian sebagai Aida
Syazuwan Hassan sebagai Fikri
Nafiz Muaz sebagai Amirul
Wanns Ahmad sebagai Nizam
Amanda Misbun
Fadilah Mansor
Zaki Azeman
Aleza Shadan
Arash Mohd

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Rayu Hatiku
Penyanyi: Adira Suhaimi
Komposer : Affan Mazlan
Lirik: Affan Mazlan

Sinopsis Bisik Asmara
Mengisahkan Noreen (Uqasha Senrose), seorang wanita berdikari dan berkerjaya yang hidupnya kelihatan sempurna tetapi diliputi kesunyian yang semakin mendalam. Kehidupan Noreen mula berubah apabila Farhan (Zul Ariffin), rakan sekerjanya yang berdepan masalah tempat tinggal, memerlukan rumah sewaan sementara. Farhan pula menjalani perkahwinan jarak jauh dengan isterinya, Sheila (Sophia Albarakbah) yang memilih untuk tinggal di kampung demi menjaga ibunya, Umi (Ruminah Sidek) yang uzur dan menghidap demensia.

Sebagai seorang suami, Farhan terperangkap antara tanggungjawab terhadap keluarga dan keperluan emosi sendiri. Kehadirannya yang kerap bersama Noreen sebagai jiran dan rakan sekerja perlahan-lahan mencetuskan perasaan yang tidak sepatutnya wujud, bermula daripada keprihatinan hingga berubah menjadi pergantungan emosi.

Hari demi hari, Noreen dan Farhan semakin rapat, walaupun diselubungi rasa tanggungjawab, kebimbangan, dan kesedaran tentang batasan perasaan. Hubungan yang bermula tanpa niat berubah menjadi permainan emosi yang kompleks, penuh obsesi, pengkhianatan dan cabaran terhadap kesetiaan serta kejujuran. Dalam masa yang sama, Sheila mula menyedari perubahan yang berlaku, membuka ruang kepada konflik yang semakin tegang dan keputusan sukar yang bakal mempengaruhi hidup mereka semua.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content