ePrasekolah KPM – Permohonan Kemasukan 2027

SHARE:

  ePrasekolah KPM – Permohonan Kemasukan 2027   Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan M...

 

ePrasekolah KPM – Permohonan Kemasukan 2027

eprasekolah

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2027), permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/

 

Berikut adalah info lanjut tentang pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Fungsi Sistem ePrasekolah

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.

 

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM

  • Borang permohonan
  • Semak dan kemas kini permohonan
  • Rayuan permohonan

2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA

  • Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif

3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH

  • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM

4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN

 

  • Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan

daftar prasekolah 2023

Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2027

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2027 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac – 30 April 2026 dan bagi permohonan manual pula, permohonan dibuka mulai 1 Mac – 31 Mei 2026.

 

Untuk permohonan manual pula, sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2027

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 15 Januari 2023 sahaja yang layak untuk memohon.

Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2026

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;

1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac – 30 April 2026 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

ADVERTISEMENT

2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac – 31 Mei 2026 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.

Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM

Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2026)

permohonan prasekolah eprasekolah

2. Daftar & Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

ADVERTISEMENT

Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

pendaftaran prasekolah eprasekolah

3. Lengkapkan Maklumat

  • Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

pendaftaran e-prasekolah kpm

4. Kemaskini & Cetak

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.

 

NOTA:

  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

SILA RUJUK MANUAL PENGGUNA EPRASEKOLAH KPM DALAM LAMPIRAN DI BAWAH:

Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah KPM

Semakan Keputusan dan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Sesi boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:

  1. Secara dalam talian (online):
    Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang
    https://eprasekolah.moe.gov.my.
  2. Secara manual melalui sekolah dimohon:
    Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.

Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.

NOTA:

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

Bantuan / Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my

 

ATAU

Sila rujuk media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga: Semakan Rayuan Sekolah Teknik (SMT) & Kolej Vokasional (KV)

 

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content