Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026

SHARE:

  Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026   Berita baik bagi usahawan dalam talian (online) kerana anda boleh memohon Skim Pembi...

 

Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026

spot

Berita baik bagi usahawan dalam talian (online) kerana anda boleh memohon Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026 untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

 

Berikut adalah dan info mengenai skim pembiayaan ini.

Mengenai Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim pembiayaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka.

Objektif SPOT adalah membantu usahawan dalam talian (online) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan.

Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.

Jumlah Pembiayaan

Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini:

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal
  • RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 60 bulan @ 5 tahun dengan kadar pembiayaan adalah 3% setahun. 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi skiim ini adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) 
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Cara Permohonan

Permohonan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di alamat https://www.tekun.gov.my/senarai-pejabat-cawangan/.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM): Atau
    Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan SPOT?

SPOT meruapakan skim pembiayaan yang disediakan untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business).

Apakah objektif skim pembiayaan ini?

Objektif skim ini adalah untuk membantu usahawan dalam talian (online) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan.

Berapakah jumlah pembiayaan skim ini?

– RM1,000 sehingga RM5,000 bagi usahawan informal
– RM1,000 sehingga RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Bagaimanakah cara untuk memohon skim ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi elalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/skim-pembiayaan-online-tekun-spot/.

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content