INFO ISLAMIK : Sujud Syukur: Hukum, Bacaan & Tatacara

SHARE:

Sujud Syukur: Hukum, Bacaan & Tatacara Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan sebagai bentuk ‘terima kasih’ kepada Allah SWT atas sega...

Sujud Syukur: Hukum, Bacaan & Tatacara

sujud syukur

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan sebagai bentuk ‘terima kasih’ kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan atau karena terhindar dari suatu musibah/bahaya. Rujuk portal rasmi Mufti WP untuk mengetahui tatacara sujud syukur di https://muftiwp.gov.my/ 

Sujud ini dilakukan ketika seseorang mendapat kebahagiaan atau kegembiraan yang besar seperti menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan terpelihara daripada musibah yang datang secara tiba-tiba, maka disunatkan kepada kita untuk bersujud kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakanNya.

Rujuk panduan lengkap Sujud Syukur di bawah.

Apa Itu Sujud Syukur?

Sujud bererti merendah dan menghambakan diri kepada Allah. Ia merupakan perbuatan yang sangat dicintai Allah SWT, bahkan sujud menjadi bukti kita mengakui keagungan dan kebesaran Allah SWT.

Syukur pula membawa maksud menghargai atau berterima kasih kepada sesuatu pemberian. Sebagai Muslim, wajib bagi kita mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT.

Justeru, sujud syukur adalah sujud yang dilakukan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat yang hadir secara tiba-tiba atau terselamat daripada sesuatu bala. 

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

 Sujud Syukur
Sujud Syukur

Dalil

Berdasarkan artikel Mufti WP, dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya: Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Begitu juga diriwayatkan daripada para Sahabat yang mana turut juga melakukan sujud syukur ketika menerima satu perkhabaran yang gembira.

Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA sujud syukur ketika pembukaan Yamamah. Begitu juga Ali RA telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij.

Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka’ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.


 Sujud Syukur

Hukum & Perbezaannya Dengan Sujud Tilawah

Hukum melaksanakan sujud syukur ini telah dibincangkan oleh para sahabat dan ahli ulama dan berikut merupakan antara jawapan yang diberikan oleh mereka berkenaan hukum pelaksanaan sujud ini:

  1. Mazhab Syafi’e dan Hanbali memutuskan bahawa hukum ibadah ini ialah sunat menurut kitab Mughni al-Muhtaj.
  2. Imam Syaukani menyatakan dalam Al-Bahr Az-Zikhar, Rasulullah SAW melakukan sujud syukur pada tempat dan situasi tertentu. Oleh itu, sujud syukur tidaklah wajib.
  3. Syeikh Zakariya al-Ansari menerangkan di dalam Syarah al-Bahjah, sunnah sujud syukur ialah seperti sujud tilawah yang dilakukan di luar solat.

Jelasnya di sini, kebanyakan para agamawan bersetuju bahawa amalan ini bukanlah satu ibadah wajib, tapi ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Oleh itu, amalan ini telah diletakkan di bawah ibadah sunat.


Berikut adalah perbezaan antara sujud syukur dan sujud tilawah. (Sumber: My #QuranTime)

 Sujud Syukur

Syarat Sah

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat melakukan sujud syukur ini ialah:

  1. Suci daripada hadas besar dan kecil
  2. Suci daripada najis sama ada di badan, pakaian atau di tempat anda melaksanakan sujud tersebut.
  3. Mengadap arah kiblat
  4. Menutup aurat

Cara Sujud Syukur

Berikut ialah tatacara pelaksaan sujud syukur:

  1. Perlulah berniat terlebih dahulu untuk melakukan sujud syukur.
  2. Kemudian bertakbir sepertimana takbiratul ihram dengan mengangkat tangan kerana diqiyaskan dengan solat.
  3. Kemudian bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan yang mana takbir pada kali ini adalah untuk turun sujud.
  4. Kemudian sujud sekali sepertimana sujudnya di dalam solat. Adapun bacaan ketika sujud syukur ini adalah bacaan sepertimana sujud di dalam solat dan kemudiannya boleh ditambahkan dengan lafaz tahmid memuji Allah SWT atas kurniaan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.
  5. Kemudian bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya.

Niat & Bacaan Dalam Sujud

Bagi anda yang ingin menjalankan ibadah ini, berikut adalah lafaz niat dan bacaan dalam sujud yang perlu anda baca ketika melakukan ibadah sunat tersebut:

1. Niat

نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَّةَ لِلّٰهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu sujudassyukri sunnata lillahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku melakukan sujud syukur sunat kerana Allah Taala”.

2. Bacaan dalam sujud syukur

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Rumi: Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wa shawwarahu wa syaqqa sam’ahu wa basharahu bi haulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqin.

Maksudnya: “Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”

Waktu Pelaksanaan

Ibadah ini digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam ketika adanya nikmat, rezeki, kebahagiaan atau mendapat hidayah dalam keadaan tak disangka-sangka, seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W, dalam dalil berikut:

Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Manakala, jika nikmat itu berterusan atau berkekalan, sebagai contoh sudah ada kereta, rumah atau pekerjaan, maka itu tidak termasuk dalam perkara yang dibolehkan melakukan ibadah ini.

Ibadah sunat ini juga digalakkan dilakukan ketika terhindar daripada musibah seperti selamat daripada bahaya atau bahkan terselamat daripada melakukan kemungkaran.


Bolehkah Sujud Syukur Tanpa Wudhu’ & Tidak Menghadap Kiblat?

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat bahawa pendapat yang membolehkan sujud syukur dilakukan tanpa wudhu dan tanpa menghadap kiblat adalah lebih dekat atau kuat. Hal ini kerana:

Tiada dalil yang menjadi pemutus (tegas) tentang keperluan untuk berwudhu dan menghadap kiblat bagi melakukan ibadah ini.

Ibadah ini bertujuan untuk menzahirkan rasa syukur secara serta-merta apabila menerima khabar gembira atau terlepas daripada bahaya.

Anda boleh terus bersujud di mana-mana sahaja (walaupun tanpa wudhu atau tidak menghadap kiblat) dalam situasi berikut:

  • Menerima khabar gembira: Seperti mendapat cahaya mata, lulus peperiksaan, atau dinaikkan pangkat.
  • Terselamat daripada kemudaratan: Seperti terselamat daripada kemalangan jalan raya atau sembuh daripada penyakit.

Walaupun terdapat kelonggaran tersebut, anda juga dibenarkan jika ingin memilih untuk beramal dengan pendapat yang mewajibkan wudhu dan menghadap kiblat. Isu ini dianggap sebagai perbahasan ilmiah yang terbuka dan tiada masalah untuk diamalkan mengikut kesesuaian keadaan anda.

 

 Sujud Syukur

 

Kelebihan dan Kebaikan

Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada melaksanakan ibadah sunat ini, antaranya adalah:

  • Merasai kepuasan rohani
  • Menerima anugerah daripada Allah SWT .
  • Semakin dekat dengan Allah
  • Memperoleh bimbingan dan hidayahNya.
  • Ditambahkan nikmat daripada Allah SWT
  • Selamat dari seksa-Nya.


Soalan Lazim Sujud Syukur

Apa Itu Sujud Syukur?

Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan ketika seseorang mendapat kebahagiaan atau kegembiraan yang besar seperti menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan terpelihara daripada musibah yang datang secara tiba-tiba, maka disunatkan kepada kita untuk bersujud kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakanNya.

Adakah wajib mempunyai wudhu untuk sujud syukur?

Tidak wajib menurut pandangan yang dipilih oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Walaupun mazhab Syafi’i mensyaratkan wudhu, pendapat yang lebih kuat menyatakan ia boleh dilakukan tanpa wudhu kerana tiada dalil pemutus yang mewajibkannya.

Bolehkah sujud syukur dilakukan tanpa menghadap kiblat?

Boleh. Seseorang yang menerima berita gembira atau terselamat daripada bahaya boleh terus bersujud serta-merta untuk menzahirkan rasa syukur tanpa perlu mencari arah kiblat terlebih dahulu.

Bilakah waktu yang disunnahkan untuk melakukan sujud syukur?

Sujud syukur disunnahkan dalam dua keadaan utama:
Apabila mendapat nikmat atau khabar gembira yang besar seperti kelahiran anak, lulus peperiksaan, atau kenaikan pangkat.
Apabila terselamat daripada musibah atau kemudaratan seperti sembuh dari penyakit atau selamat daripada kemalangan.

Berapa kalikah sujud yang perlu dilakukan?

Sujud syukur hanya dilakukan sebanyak satu kali sujud sahaja di luar solat.

Adakah perlu melakukan takbir dan salam?

Menurut kaifiyat (tatacara) dalam mazhab Syafi’i, ia dimulakan dengan niat, takbiratul ihram, satu kali sujud, dan diakhiri dengan salam. Namun, bagi mereka yang ingin bersujud secara spontan (tanpa wudhu/kiblat), penekanan utama adalah pada perbuatan sujud itu sendiri sebagai tanda syukur.

Bolehkah saya bersujud syukur di dalam solat?

Tidak boleh. Sujud syukur dilakukan di luar solat. Melakukan sujud syukur dengan sengaja di dalam solat boleh menyebabkan solat tersebut terbatal mengikut pendapat dalam mazhab Syafi’i.


Sumber : ecentral.my 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content