INFO ISLAMIK : Tarikh Penting Zulhijjah 2026/1447H – Puasa Sunat & Potong Kuku

SHARE:

  Tarikh Penting Zulhijjah 2026/1447H – Puasa Sunat & Potong Kuku       Lihat lampiran di bawah:     TARIKH PENTING & PUASA SUNAT ZU...

 

Tarikh Penting Zulhijjah 2026/1447H – Puasa Sunat & Potong Kuku

tarikh penting zulhijjah

 

 

TARIKH PENTING & PUASA SUNAT ZULHIJJAH:

  • Hari Terakhir Bercukur & Potong Kuku bagi yang menunaikan ibadah Korban : Selasa, 17 Mei 2026 (30 Zulkaedah)

  • 1 Zulhijjah = Isnin,18 Mei 2026

  • 2 Zulhijjah = Selasa,19 Mei 2026

  • 3 Zulhijjah = Rabu, 20 Mei 2026

  • 4 Zulhijjah = Khamis, 21 Mei 2026

  • 5 Zulhijjah = Jumaat, 22 Mei 2026

  • 6 Zulhijjah = Sabtu, 23 Mei 2026

  • 7 Zulhijjah = Ahad, 24 Mei 2026

  • 8 Zulhijjah = Isnin, 25 Mei 2026 (Hari Tarwiyah)

  • 9 Zulhijjah = Selasa, 26 Mei 2026 (Hari Arafah)

  • 10 Zulhijjah = Rabu, 27 Mei 2026 (Hari Raya Aidiladha)

  • 11-13 Zulhijjah = 28 – 30 Mei 2026 (Hari Tasyrik – diiharamkan berpuasa)

 


Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad

Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?

KELEBIHAN BESAR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah. Disebutkan dalam sebuah hadis:

مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ

Rasulullah bersabda: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Jihad juga tidak?”

Jawab Baginda: “Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.”

(Sahih al-Bukhari, no. 969)

Rebut peluang beramal soleh pada 10 hari awal bulan Zulhijjah. Sangat besar ganjarannya.

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun

10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.

Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

3. Hari Yang Dicintai Allah

Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga perkongsian mengenai hari-hari penting pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Rujukan ; My Hadith Time, Dr Ahmad Sanusi Azmi


Soalan Lazim Tarikh Penting Zulhijjah

1. Bilakah tarikh 1 Zulhijjah 2026 di Malaysia?

Tarikh 1 Zulhijjah 1447H jatuh pada Isnin, 18 Mei 2026 (tertakluk kepada pengumuman rasmi rukyah dan hisab oleh pihak berkuasa).

2. Bilakah Hari Tarwiyah dan Hari Arafah pada tahun 2026?

Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah): Isnin, 25 Mei 2026
Hari Arafah (9 Zulhijjah): Selasa, 26 Mei 2026
Kedua-dua hari ini sangat digalakkan untuk berpuasa sunat, khususnya puasa Hari Arafah.

3. Bilakah Hari Raya Aidiladha 2026?

Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) jatuh pada Rabu, 27 Mei 2026.

4. Bilakah Hari Tasyrik dan bolehkah berpuasa pada hari tersebut?

Hari Tasyrik ialah:
11 Zulhijjah: Khamis, 28 Mei 2026
12 Zulhijjah: Jumaat, 29 Mei 2026
13 Zulhijjah: Sabtu, 30 Mei 2026
Berpuasa adalah diharamkan pada hari-hari Tasyrik.

5. Apakah kelebihan puasa sunat Zulhijjah?

Puasa pada 1–9 Zulhijjah termasuk amalan yang sangat dianjurkan kerana amalan soleh dalam 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara yang paling dicintai Allah SWT.

6. Apakah kelebihan puasa Hari Arafah?

Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang bagi orang yang tidak menunaikan haji.

7. Bilakah hari terakhir boleh bercukur dan potong kuku bagi orang yang ingin berkorban untuk tahun 2026?

Hari terakhir ialah pada Selasa, 17 Mei 2026 (30 Zulkaedah 1447H). Selepas masuk 1 Zulhijjah, orang yang berniat melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku sehingga selesai korban.

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content