Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

SHARE:

  Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland? Foto - @zendaya (IG) Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan...

 

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan aktres gandingan Zendaya dalam filem ‘Euphoria’ iaitu Sydney Sweeney.

Khabar angin yang belum disahkan itu telah tersebar luas dalam talian, menunjukkan Zendaya berasa tidak selesa dengan interaksi antara tunangnya, Tom dan aktres Sydney di set penggambaran. Terdapat khabar angin lain mendakwa berlaku ketegangan antara aktres-aktres tersebut.

“Zendaya tidak begitu gembira apabila Tom dan Sydney berinteraksi semasa penggambaran tahun lepas. Dia merasakan ia tidak perlu dan paling teruk, seperti tidak menghormatinya, memandangkan mereka tidak rapat dan secara aktif mengelak antara satu sama lain.”

Memetik kenyataan daripada Yahoo!, ketegangan antara mereka berdua bermula apabila Tom dilihat kerap berbual dengan Sydney di set penggambaran. Sumber tanpa nama pula berkata, Tom dikenali dengan sikap peramah dan santai dengan pelakon serta kru di set penggambaran.

“Tom secara semula jadinya sangat peramah dan suka berbual, jadi apabila dia ada di set penggambaran, dia menegur orang sekelilingnya. Zendaya tidak cuba memberitahunya dengan siapa dia boleh bercakap, tetapi dengan Sydney, dia tidak mahu seseorang yang tidak dia percayai mendekati tunangnya.”

Tetapi melihatkan interaksinya dengan Sydney, situasi itu berubah menjadi janggal. Manakala Zendaya pula yang didakwa tidak rapat dengan Sydney, meminta aktres itu untuk menjaga jaraknya dengan tunangnya.

“Zendaya telah memberi amaran kepada Sydney supaya menjauhi Tom. Walaupun Zendaya mempercayai Tom sepenuhnya, dia tidak mahu mereka melepasi batas yang sepatutnya.”

Spekulasi ini muncul menjelang jelajah promosi untuk ‘Euphoria’ musim ketiga, yang dijadualkan untuk tayangan pada 12 April nanti.

Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content