Jangan masuk campur!!!~ Daler Yusuf minta jangan masuk campur, tegur kekasih & bapa tiri Puteri Balqis

SHARE:

  Daler Yusuf minta jangan masuk campur, tegur kekasih & bapa tiri Puteri Balqis   Pelakon kacak, Daler Yusuf menegur tindakan kekasih d...

 

Daler Yusuf minta jangan masuk campur, tegur kekasih & bapa tiri Puteri Balqis

 

Pelakon kacak, Daler Yusuf menegur tindakan kekasih dan bapa tiri aktres muda Puteri Balqis berhubung isu yang sedang panas membabitkan pelakon Mia Sara Nasuha.

Jangan masuk campur!

Daler yusuf minta Jangan masuk campur

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berpandangan bahawa mereka tidak seharusnya mencampuri urusan pelakon itu sehingga dianggap terlalu berlebihan.

“Sebagai seorang lelaki Muslim, aku rasa kekasih Balqis dengan bapak tirinya tu tak perlu masuk campur urusan perempuan macam ni kot,” ciapan Daler, semalam.

Dalam pada itu, dia juga kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kedua-dua lelaki itu dalam mempertahankan Puteri Balqis kerana bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia Sara.

“Lepas baca screenshot IG story mereka, nampak betul-betul kurang ajar dan kasar sangat terhadap seorang gadis berumur 20 tahun.
“Tak elok langsung cara tu. Astaghfurillah,” jelasnya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu juga menjelaskan tidak salah sekiranya seorang suami mahu mempertahankan isteri namun adab dan bahasa perlu diutamakan.

“Mempertahankan isteri memang hak dan tanggungiawab suami, tu saya setuju 100%.
“Tapi jaga bahasa tu penting jugak, especially bila cakap pasal perempuan. He was extremely rude, boleh defend dengan cara lebih baik,” tambahnya lagi.


Terdahulu, Puteri Balqis, menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha dan mendakwa ibunya pernah dimalukan oleh keluarga dan juga kenalan dari pihak aktres tersebut suatu ketika dahulu.

Perkara itu menjadi bualan di media sosial terutama di Threads apabila banyak pihak mula mengeluarkan pandangan masing-masing.



Sumber: Threads daleryusuf / www.ohmymedia.cc


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content