Puteri Balqis balas kenyataan Daler Yusuf – “Jangan guna agama untuk tunjuk baik”

SHARE:

  Puteri Balqis balas kenyataan Daler Yusuf – “Jangan guna agama untuk tunjuk baik”   Pelakon berbakat, Puteri Balqis membalas kenyataan akt...

 

Puteri Balqis balas kenyataan Daler Yusuf – “Jangan guna agama untuk tunjuk baik”

 Pelakon berbakat, Puteri Balqis membalas kenyataan aktor, Daler Yusof  setelah menegur bapa tiri serta tunangnya untuk tidak mencampuri isu yang sedang hangat menjadi perdebatan di media sosial.

Jangan kata keluarga bertutup pasti masuk syurga

Puteri Balqis Jangan kata keluarga bertutup pasti masuk syurga

Memetik laporan Gempak, Puteri Balqis atau dikenali sebagai Aqish menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Daler terlalu keterlaluan dan meluahkan rasa kecewa kerana tidak memahami penderitaan yang dilalui oleh keluarganya.



“Jangan kata doa keluarga bertatu tak makbul, dan jangan anggap keluarga bertutup seperti kau pasti masuk syurga. Kalau kau jatuh, keluarga kau jatuh. Itu doa daripada kami, keluarga ini.
“Jangan guna agama kau untuk tunjuk baik. Kami tahu dengan siapa kami perlu berbuat baik. Kau tak payah terlalu mengucap kalau humanity kau tak ada untuk keluarga seperti kami,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Aqish mempertahankan ayah tirinya dan menegaskan bahawa dia juga mempunyai hak untuk bersuara supaya keluarganya tidak terus ditindas.

“Dia bapa aku. Dia suami mak aku yang sah. Dia ada hak untuk mempertahankan kami. Kau tak tahu berapa lama kami diam, berapa lama kami meraung dalam diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang itu kenakan mak aku waktu mak aku miskin,” jelasnya.

Bagaimanapun Puteri Balqis telah memadam perkongsian tersebut setelah beberapa minit memuat naiknya di Instagram.


Terdahulu, Daler Yusof berkongsi pandangan mengenai perkongsian tunang dan ayah tiri kepada aktres, Puteri Balqis terhadap pelakon Mia Sara Nasuha di media sosial miliknya.

Daler menyifatkan perkongsian mereka adalah keterlaluan dan kasar untuk seorang gadis yang masih muda.

Pelakon drama Tuan Anas Mikael itu turut menyarankan agar kedua-dua mereka tidak perlu memasuki campur urusan antara Balqis dan aktres terbabit.



Sumber: Gempak (Asyraf Roslan) / www.ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content