$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

JAWATAN KOSONG! : Pengambilan 20,000 Guru KPM Gred DG9: Tarikh & Cara Mohon

SHARE:

  Pengambilan 20,000 Guru KPM Gred DG9: Tarikh & Cara Mohon Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 ...

 

Pengambilan 20,000 Guru KPM Gred DG9: Tarikh & Cara Mohon

guru kpm

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara menerusi laman web SPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/.


Berikut adalah maklumat dan info mengenai pengambilan ini.


Pengenalan Pengambilan 20,000 Guru Gred DG9

Pengambilan 20,000 guru tersebut merupakan inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebagai persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun 2027.

Ini bagi memastikan keperluan tenaga pengajar yang mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara.

Bagi calon yang terpilih, mereka akan diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum ditempatkan di sekolah.


Taraf Perjawatan

Taraf perjawatan bagi mereka yang terpilih adalah secara Contract of Service (CoS).


Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan akan dibuka pada 2-20 Mac 2026 menerusi laman web SPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/.


Cara Mendaftar SPP

Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/.
  2. Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
  3. Sila pastikan semua medan bertanda * diisi.
  4. Klik butang ‘Daftar’.
  5. Kemudian, penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
  6. Log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.


Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

PerkaraTarikh
Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
Permohonan Dibuka2-20 Mac 2026
Proses Saringan Temu Duga27 April – 14 Mei 2026


Soalan Lazim

Berapakah jumlah kekosongan perjawatan guru yang ditawarkan?

Sebanyak 20,000 jawatan kekosongan guru yang akan ditawarkan.

Apakah taraf perjawatan bagi permohonan guru yang ditawarkan?

Taraf perjawatan yang ditawarkan adalah secara Contract of Service (CoS).

Bilakah tarikh permohonan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Mac 2026.

Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web SPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/.

Adakah saya perlu menjalani latihan jika permohonan saya berjaya?

Ya. Setaip individu akan diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum ditempatkan di sekolah yang terlibat.


Info Lanjut

Info lanjut mengenai pengambilan guru ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content