$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Akaun 3 KWSP – Semakan Baki / Pengeluaran Akaun Fleksibel

SHARE:

  Akaun 3 KWSP – Semakan Baki / Pengeluaran Akaun Fleksibel Akaun 3 KWSP, juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel, merupakan penambahbaikan pe...

 

Akaun 3 KWSP – Semakan Baki / Pengeluaran Akaun Fleksibel

Akaun 3 KWSP, juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel, merupakan penambahbaikan penting dalam sistem simpanan persaraan Malaysia. Semak Akaun 3 Kwsp secara online melalui i-Akaun KWSP.

Melalui penstrukturan baharu ini, ahli kini mempunyai akses yang lebih fleksibel terhadap sebahagian simpanan mereka bagi memenuhi keperluan kewangan semasa, tanpa menjejaskan matlamat jangka panjang persaraan.

Inisiatif ini diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –
•  Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
•  Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
•  Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai Akaun 3 KWSP.

akaun 3 kwsp


Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

faq akaun 3
faq akaun 3

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%)Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).
pengeluaran kwsp akaun 3
pengeluaran kwsp akaun 3
pengeluaran kwsp akaun 3

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:  

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.


Berapa Kali Boleh Keluarkan Akaun 3 KWSP?

Untuk makluman, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Ini bermaksud, anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran seperti berikut:

  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3); dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.


Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

Bagi mengetahui cara melakukan Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel), sila rujuk infografik dan langkah-langkah di bawah:

  1. Login I-Akaun melalui laman web rasmi di pautan berikut :  i-Akaun KWSP.
  2. Klik “Pengeluaran”.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik “Akaun Fleksibel”
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
    “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  7. Klik “Keluarkan Sekarang”.
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel

Rujuk panduan video :

Panduan Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel Melalui KWSP i-Akaun


Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

•  Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
•  Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tempoh Bayaran Dikreditkan Ke Akaun Bank

Bayaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan pengeluaran diluluskan.

Zakat KWSP Akaun 3

Simpanan dalam Akaun 3 KWSP adalah tertakluk kepada kewajipan zakat. Hal ini kerana setiap simpanan dalam Akaun 3 dianggap sebagai milik sempurna pencarum, memandangkan KWSP telah mengesahkan bahawa tiada sekatan dan tiada syarat pengeluaran dikenakan ke atas akaun ini.

Oleh itu, harta yang berada dalam pemilikan sempurna ini wajib dizakatkan apabila mencukupi syarat haul, dengan kadar zakat sebanyak 2.5% berdasarkan baki akhir Akaun 3 selepas perbelanjaan.

Cara Kira Zakat KWSP

Nisab tahun 2024 : RM 24,198.00
Encik Ahmad berumur 38 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM 30,000.
Encik Ahmad berbelanja sebanyak RM 15,000
Jumlah yang dikenakan zakat : RM 30,000 – RM 15,000 = RM 15,000
RM 15,000 x 2.5% = RM 375.00

Kredit: Lembaga Zakat Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP  atau melalui KWSP i-Akaun.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di pautan berikut:


Soalan Lazim – Akaun 3 KWSP

1. Adakah kelayakan pengeluaran sedia ada

Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

2. Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

Kesemua jenis pengeluaran sedia ada masih terpakai tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara pengeluaran yang dibenarkan adalah:

Sebelum Umur 55 Tahun
Akaun Persaraan: Skim Pelaburan Ahli 
Akaun Sejahtera: Pengeluaran Perumahan, Pengeluaran Pendidikan, Pengeluaran Kesihatan, Pengeluaran Haji, Pengeluaran Umur 50 tahun dan Pelan Perlindungan Ahli (PPA)
Akaun Fleksibel: Pengeluaran Akaun Fleksibel
Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian, Pengeluaran Meninggalkan Negara dan Pengeluaran Pekerja Berpencen
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
 
Selepas Umur 55 Tahun
Akaun 55: Pengeluaran Umur 55 tahun
Akaun Emas: Pengeluaran Umur 60 tahun
Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara

3. Bilakah ahli boleh membuat pengeluaran Akaun Fleksibel?

Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

4. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

a.   Belum mencapai umur 55 tahun;
b.   Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
c.   Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

5. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

6. Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i. Aplikasi KWSP i-Akaun ; 

ii. Portal Web i-Akaun (Ahli) ; atau
iii. Pejabat KWSP
Permohonan secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP berhampiran anda.​
Bagi ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai capaian kepada KWSP i-Akaun, anda boleh memuat turun borang di sini.

7. Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

8. Bilakah ahli perlu hadir ke pejabat KWSP atau Self-Service Terminal (SST) untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) bagi permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel yang dibuat secara dalam talian?

Secara umum, pengesahan identiti dilakukan secara automatik melalui sistem e-KYC. Namun, keperluan untuk hadir ke pejabat KWSP atau SST bagi pengesahan CIJ bergantung kepada jumlah pengeluaran seperti berikut:

a) RM50.00 hingga RM3,000.00
– Tidak perlu hadir ke pejabat KWSP atau SST sekiranya ahli telah mempunyai rekod pengesahan CIJ terdahulu. Permohonan diproses secara automatik, tertakluk kepada semakan sistem.
b) RM3,000.01 hingga RM30,000.00
Kehadiran ke pejabat KWSP atau SST diperlukan jika:
– Anda tiada rekod pengeluaran terdahulu; ATAU
– Maklumat akaun bank anda tidak sepadan dengan rekod KWSP; ATAU
– Pengesahan e-KYC anda tidak berjaya.
c) RM30,000.01 dan ke atas
– Wajib hadir ke pejabat KWSP atau SST untuk pengesahan cap ibu jari.

9. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

•  Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
•  Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

10. Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat umur 50/55 tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

Ya, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel, tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

Anda belum mencapai umur 55 tahun.
Anda mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

11. Bilakah bayaran Pengeluaran Akaun Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

12. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)?

Pekerja bukan warganegara Malaysia layak membuat permohonan pengeluaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel, dengan had amaun maksimum RM3,000 bagi setiap transaksi pengeluaran. (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Bagi permohonan pengeluaran lain, ahli perlu memohon di mana-mana pejabat KWSP.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content