‘Kalau saya makikan akak Janna 20 kali, boleh move on’? - Puteri Balqis

SHARE:

Terasa dengan hantaran pelakon Janna Nick didakwa menyindir situasi panas sengketanya bersama Mia Sara, bintang muda, Puteri Balqis tidak be...

Terasa dengan hantaran pelakon Janna Nick didakwa menyindir situasi panas sengketanya bersama Mia Sara, bintang muda, Puteri Balqis tidak berdiam diri sebaliknya menyuarakan kenyataan berani berhubung kecaman dan hinaan orang sekeliling yang pastinya meninggalkan impak emosi cukup mendalam terhadap seseorang.

Mengeluarkan paku buah keras, Puteri Balqis, 19, secara terang-terangan memetik nama bekas pengacara Melodi itu dan menyeru semua pihak memahami implikasi emosi di sebalik kata-kata yang dilontarkan terutama apabila melibatkan maruah seseorang.

“Kalau saya makikan akak Janna hari ini 20 kali, kakak boleh lepaskan saya tak? Boleh ‘move on’?

“Jawapannya tidak sebab kakak ada maruah yang perlu dipertahankan dan yang pastinya makian saya akan segar dalam ingatan kakak.

“Kakak akan teringat wajah Megan Fox saya, badan ala-ala ‘cutting’ model, senyuman manja dan gigitan bibir seksi saya,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish turut menyindir Janna menggunakan platform miliknya untuk terus memerli dirinya dan ibunya.

“Kakak akan perli saya dan ibu saya dalam siaran langsung, rancangan-rancangan bodoh yang akak ada, di majlis-majlis selebriti tak berbayar satu sen pun dan di semua platfrom kakak.

“Rakan-rakan artis kakak akan komen ‘Saya sayang awak Janna!’, ‘Kekal kuat Janna!’, Kami kenal awak sangat! ‘Go’ Janna!’.

“Akak boleh muat naik dalam Threads dan beritahu sekalian alam betapa biadabnya saya pada senior ‘wannabe’ seperti akak yang tikam kami dari belakang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memuat naik hantaran dalam Threads berkaitan melepaskan dan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang.

Bagaimanapun, Janna tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubunga hantaran tersebut.

Sejak semalam media sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru pelakon Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content