‘Komen pun tak membantu’ – Mia Sara berdiam diserang Puteri Balqis

SHARE:

Pelakon Mia Sara Nasuha memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung pelbagai dakwaan yang dilemparkan pelakon seangkatannya, Puter...

Pelakon Mia Sara Nasuha memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung pelbagai dakwaan yang dilemparkan pelakon seangkatannya, Puteri Balqis.

Mewakili pihak pengurusan Mia Sara, Xeno Entertainment memaklumkan bahawa pihaknya sedang menantikan waktu yang lebih tepat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab segala isu berbangkit.

“Sebenarnya kami memutuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang.

“Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu.

“Sekiranya sampai masa yang tepat, serta selepas mempertimbangkan bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Sejak semalam, media sosial panas sebaik Puteri Balqis ‘menempelak’ Mia Sara agar menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas wanita berusia 21 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya.

Dalam masa sama, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, menyifatkan tindakan Mia Sara yang mengalirkan air mata di hadapan pihak media baru-baru ini hanyalah sekadar usaha untuk meraih simpati khalayak.

Tidak terhenti di situ, Aqish turut membangkitkan semula pengalaman pahit menjadi mangsa buli yang didakwa dilakukan Mia Sara ketika mereka memulakan kerjaya dalam industri seni.

Malah, dia turut mendakwa wujud perbezaan ketara keperibadian sebenar Mia Sara dengan imej murni yang dipaparkan menerusi media sosial. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content