MENULAR! Semakin Panas! “Tak puas hati, kita boleh jumpa…” -Janna Nick & Puteri Balqis berbalas kenyataan...

SHARE:

“Tak puas hati, kita boleh jumpa…” -Janna Nick & Puteri Balqis berbalas kenyataan Terheret dalam kemelut sengketa melibatkan Puteri Balq...


“Tak puas hati, kita boleh jumpa…” -Janna Nick & Puteri Balqis berbalas kenyataan

Terheret dalam kemelut sengketa melibatkan Puteri Balqis yang hangat diperkatakan di media sosial, pelakon Janna Nick tampil secara terbuka mengajak selebriti berusia 19 tahun itu bersemuka secara atas talian bagi menjernihkan keadaan.

Janna Nick dan Puteri Salah saling berbalah di IG story?

 Janna yang kini menetap di United Kingdom turut mempersoalkan isu yang dibangkitkan Balqis terhadapnya.

“Salam, boleh tahu apa isu awak dengan saya? Kalau ada yang tak puas hati, kita boleh jumpa secara atas talian sebab saya sekarang berada di London.”


Janna Nick tegaskan kenyataan di Thread adalah general

Menepis dakwaan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, menjelaskan hantaran Threads yang dimuat naik sebelum ini bersifat umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.
“Threads saya itu secara general, tak merujuk untuk pertahankan Mia Sara.
Saya seorang yang pendendam, sangat teruk tapi bila saya cuba melepaskkan (tak sepenuhnya), saya rasa lebih baik. Tapi kalau awak rasa dengan cara macam ini buat awak puas, buatlah. Saya harap awak sembuh,” katanya.


Puji Aqish pelakon berdedikasi

Mengimbas kenangan lama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mengakui pernah berasa sedih melihat Aqish bekerja pada usia terlalu muda dan mendakwa dirinya pernah dipulaukan rakan selebriti selama beberapa tahun akibat salah faham melibatkan ibu pelakon remaja tersebut.

Namun begitu, Janna tetap memuji bakat dan dedikasi Puteri Balqis sejak kecil, sambil menegaskan tidak menyimpan dendam meskipun tercetus perselisihan faham antara mereka.

janna nick


Aqish nafi ibu mesej kumpulan WhatsApp burukkan Janna

Susulan daripada itu, Aqish telah membalas hantaran dibuat Janna dengan menegaskan bahawa ibunya tidak pernah menghantar sebarang mesej kepada sesiapa memburukkan mana-mana pihak.

Dia juga menyuarakan pengalaman sewaktu bekerja dengan Janna suatu ketika dahulu yang amat berbekas untuknya sehingga kini.

Tak hanya itu, Aqish juga bersuara apabila tidak suka dengan kenyataan dia perlu mencari rezeki untuk keluarga kerana ibunya membanting tulang mencari duit untuk mereka, tanpa dibantu bapa kandung.

Dia juga memaklumkan tiada sebarang masalah dengan pengarah terkenal Micheal Ang seperti yang dinyatakan Janna sebelum ini.

Sebelum ini, hantaran Janna Nick di platform Threads telah menjadi perhatian sewaktu isu Puteri Balqis dan Mia Sara sedang ‘memanas’ di media sosial.

Walaupun kenyataan tersebut didakwa ditujukan secara umum, namun ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Abd Aziz telah bersuara dan membidas tindakan Janna.

Sumber: Instagram morosechild, jannanick



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content