MySTEP 2026 – Semakan Jawatan Kosong, Permohonan & Gaji

SHARE:

MySTEP 2026 – Semakan Jawatan Kosong, Permohonan & Gaji   Program  Malaysia Short-Term Employment Programme  (MySTEP) 2026 membawa khaba...

MySTEP 2026 – Semakan Jawatan Kosong, Permohonan & Gaji

MyStep 2026

 

Kadar baharu ini bukan sahaja lebih kompetitif, malah merangkumi caruman KWSP dan PERKESO, sekali gus menjadikan MySTEP sebagai pilihan pekerjaan jangka pendek yang lebih menarik dalam sektor awam.

Pengenalan MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

 

Surat Edaran JPA – MySTEP 2026

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2026. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada graduan dan pencari kerja, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas, bagi menyediakan peluang dan pengalaman pekerjaan jangka pendek dalam sektor awam.

Perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan selaras dengan peraturan dan tatacara yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Seiring dengan kuat kuasanya Garis Panduan ini, pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.4.1 Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian serta Ceraian UP.1.4.2 Pemakluman Mengenai Penurunan Kuasa Melulus Bayaran Elaun Lebih Masa dan Upah Bekerja Pada Cuti Mingguan dan Cuti Kelepasan Am adalah ditangguhkan.

Sehubungan itu, surat JPA.(S).600-3/3/2 Jld. 2 (37) bertarikh 20 Disember 2024 berserta garis panduan dan lampiran berkaitan adalah dibatalkan.

Gaji Lepasan Ijazah Dinaikkan RM2300 Mulai 2026

Kerajaan telah menetapkan kadar upah baharu bagi Personel Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2026, termasuk kenaikan gaji untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kepada RM2,300 sebulan.

Berdasarkan Jadual 1: Kadar Upah Bulanan Personel MySTEP, kadar upah ini merangkumi caruman KWSP dan PERKESO dan ditetapkan mengikut kelayakan akademik seperti berikut:

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,300 sebulan
  • Setaraf Diploma / STPM: RM2,100 sebulan
  • Setaraf SPM: RM1,900 sebulan
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): RM1,700 sebulan

Pembayaran upah akan dibuat secara bulanan pada akhir bulan, berdasarkan pencapaian output tugas yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

Sekiranya Personel MySTEP gagal mencapai sasaran output tersebut, upah boleh tidak dibayar atau dipotong mengikut kadar atau formula yang dinyatakan dalam kontrak.

Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan untuk tidak membuat potongan upah sekiranya kegagalan mencapai sasaran berpunca daripada faktor di luar kawalan seperti bencana alam, pandemik atau kegagalan sistem.

MyStep 2026

Cara Permohonan MySTEP 2026

Bermula tahun 2026, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Untuk melihat senarai kekosongan jawatan, sila layari https://myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.

Anda akan mendapati pelbagai tawaran kekosongan jawatan terkini seperti dalam paparan di bawah.

ADVERTISEMENT

Selain itu, iklan-iklan juga akan disiarkan di media sosial badan-badan yang berkaitan apabila terdapat jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan.

Sila baca syarat dan cara permohonan yang dikeluarkan oleh badan-badan berkenaan dengan teliti.

Iklan Pengambilan MyStep Terkini (Januari 2026)

Berikut contoh-contoh iklan bagi pengambilan Personel MyStep yang terkini :

MyStep 2026MyStep 2026MyStep 2026MyStep 2026MyStep 2026

Screenshot

Screenshot

 

Garis Panduan MySTEP 2026

Garis Panduan ini disediakan bagi menerangkan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2026.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada graduan dan pencari kerja, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas, dengan tujuan menyediakan peluang dan pengalaman pekerjaan jangka pendek dalam sektor awam.

MyStep 2026


Soalan Lazim Permohonan MyStep 2026

1. Apakah MySTEP?

MySTEP atau Malaysia Short-Term Employment Programme ialah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek dalam sektor awam kepada graduan dan pencari kerja, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

2. Apakah skop tugas Personel MySTEP?

Skop tugas Personel MySTEP ditentukan mengikut keperluan Kementerian atau Jabatan dan boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

– Perkhidmatan sosial seperti penjagaan warga emas, kanak-kanak atau OKU; dan
– Tugas bersifat projek, program, ad hoc atau bermusim (seasonal) seperti kemasukan data (data entry), pembanci dan tugas berkaitan.

3. Apakah tugas yang tidak dibenarkan kepada Personel MySTEP?

Personel MySTEP tidak dibenarkan melaksanakan tugas yang melibatkan:

– Kuasa undang-undang atau peraturan tertentu seperti penguatkuasaan, kewangan dan perolehan;
– Tugas sensitif yang berisiko kepada keselamatan serta melibatkan akses kepada dokumen terperingkat; dan
– Tugas yang memerlukan tandatangan atau membuat keputusan rasmi yang boleh menimbulkan liabiliti kepada Kerajaan.

4. Adakah skop tugas MySTEP terhad kepada dalam negara sahaja?

Ya. Skop tugas Personel MySTEP hendaklah terhad kepada urusan di dalam negara sahaja.

5. Apakah syarat kelayakan untuk dilantik sebagai Personel MySTEP?

Syarat pelantikan Personel MySTEP adalah:

– Warganegara Malaysia;
– Berumur 18 tahun ke atas;
– Mempunyai kelayakan minimum atau lebih tinggi mengikut keperluan tugas; dan
– Bebas daripada kesalahan dadah, rasuah serta aktiviti haram atau menyalahi undang-undang.

6. Berapakah tempoh kontrak Personel MySTEP?

Tempoh kontrak adalah:

Minimum satu (1) bulan; dan
Tidak melebihi 31 Disember 2026.

7. Berapakah kadar upah bulanan Personel MySTEP?

Kadar upah bulanan adalah seperti berikut (termasuk caruman KWSP dan PERKESO):

8. Bilakah upah Personel MySTEP dibayar?

Upah dibayar secara bulanan pada akhir bulan, berdasarkan pencapaian output tugas yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

9. Adakah upah boleh dipotong atau tidak dibayar?

Ya. Sekiranya Personel MySTEP gagal mencapai sasaran output tugas, upah boleh:

– Tidak dibayar; atau
– Dipotong mengikut kadar atau formula yang ditetapkan dalam kontrak.

Namun, potongan boleh diketepikan sekiranya kegagalan disebabkan faktor di luar kawalan seperti bencana alam, pandemik atau kegagalan sistem.

10. Apakah kemudahan yang layak diterima oleh Personel MySTEP?

Personel MySTEP hanya layak menerima kemudahan berikut:

Cuti rehat: 12 hari setahun (pro rata);
Cuti sakit: 14 hari setahun (pro rata); dan
Caruman PERKESO dan KWSP.

11. Bolehkah Personel MySTEP diarahkan bertugas di luar pejabat?

Ya. Personel MySTEP boleh diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat mengikut skop tugas yang ditetapkan.

12. Apakah elaun yang layak dituntut semasa bertugas di luar pejabat?

Antara elaun dan bayaran yang layak dituntut ialah:

– Elaun makan;
– Elaun harian;
– Bayaran sewa hotel atau elaun lojing;
– Elaun perjalanan kenderaan;
– Tambang pengangkutan awam; dan
– Belanja pelbagai seperti tol dan tempat letak kereta,

tertakluk kepada kadar dan syarat yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkaitan.

13. Adakah Personel MySTEP layak menggunakan penerbangan rasmi?

Ya. Personel MySTEP layak menggunakan kemudahan perjalanan udara rasmi bagi perjalanan domestik, tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.5.

14. Adakah kemudahan pejabat disediakan kepada Personel MySTEP?

Ya. Kelengkapan dan kemudahan pejabat disediakan berdasarkan kemudahan sedia ada tanpa melibatkan peruntukan tambahan.

15. Bilakah perkhidmatan Personel MySTEP tamat?

Perkhidmatan tamat secara automatik apabila tempoh kontrak berakhir, dan Ketua Jabatan tidak perlu mengeluarkan notis penamatan.

16. Bolehkah kontrak ditamatkan lebih awal oleh Ketua Jabatan?

Ya. Ketua Jabatan boleh menamatkan kontrak lebih awal jika Personel MySTEP gagal memenuhi obligasi kontrak dengan notis bertulis:

7 hari bagi kontrak kurang daripada 6 bulan; atau
14 hari bagi kontrak melebihi 6 bulan.

17. Bolehkah Personel MySTEP menamatkan kontrak lebih awal?

Ya. Personel MySTEP boleh menamatkan kontrak lebih awal dengan notis bertulis yang sama iaitu:

7 hari bagi kontrak kurang daripada 6 bulan; atau
14 hari bagi kontrak melebihi 6 bulan.

18. Bagaimana cara membuat permohonan MyStep 2026?

Calon yang berminat boleh mengisi borang dan mengemukakan permohonan mengikut kaedah yang dinyatakan dalam iklan. Jawatan kosong terkini boleh dilihat dalam laman web rasmi MyFutureJobs : https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

19. Di mana nak tengok jawatan kosong MyStep?

Jawatan kosong terkini boleh dilihat dalam laman web rasmi MyFutureJobs https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content