$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

SHARE:

  Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri   Foto - @therealmiasara (IG) Nampaknya konflik antara pelakon M...

 

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri 

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai apabila tampil bersuara dalam podcast ‘Kita-Kita Aje‘ yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Menerusi podcast tersebut, Mia memaklumkan bahawa niat baiknya sebagai rakan selebriti yang mahu melindungi Balqis daripada kecaman telah disalah tafsir. Akuinya, ramai yang melihat cara penyampaiannya sebagai satu penghinaan kepada Balqis dan akhirnya ia mencetuskan kontroversi panjang serta menjejaskan kesihatan mentalnya.

“Saya sebenarnya mengagumi Puteri Balqis kerana bakat lakonannya dan melihat apa yang dia lakukan sebagai satu bentuk seni. Namun keadaan disalah tafsir sehingga orang luar menganggap kami seolah-olah bergaduh.”

“Isu ini berlaku ketika kami masih kanak-kanak, sekitar umur saya tujuh tahun. Tidak masuk akal untuk mengatakan kami mempunyai konflik besar kerana kami hanyalah budak-budak.”

Mia menekankan bahawa dia tidak pernah berniat mahu bercakap buruk mengenai Balqis dan hampir membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi dinasihati bapa untuk berdiam diri.

“Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia memburukkan lagi keadaan.”

Pada masa yang sama, Mia turut mendedahkan salah faham tersebut telah membuat dia melalui kebimbangan yang teruk sehingga mencederakan diri sendiri.

“Saya dicaci dan dihina. Apabila Twitter menjadi kecoh, keadaan mental saya merosot. Saya merasakan semua orang membenci saya. Hidup dalam ketakutan, sering bercakap sendirian di tandas dan pernah berada di titik paling gelap dalam hidup sehingga mencederakan diri sendiri menggunakan pisau cukur.”

YouTube video

“Saya lalui semua itu secara senyap tanpa beritahu sesiapa. Pada masa itu, saya merasakan kesakitan tersebut adalah sesuatu yang layak saya terima. Semua ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya.”

Mia Sara Nasuha menerusi podcast tersebut, berharap Puteri Balqis Ashikin mendapat mesejnyya, bahawa kejadian berlaku ketika dirinya masih belum matang dan tidak berniat untuk memburukkannya.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content