$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

SHARE:

  [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur! Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri A...

 [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang sudah mula merakam lagu raya.

Kongsi Shahida di Threads dan Instagram, anak perempuannya itu secara senyap telah merakam lagu raya bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B, Alyssa Dezek, dan Ara Aziz.

“Kita semua risau Papa keluar lagu raya tapi dalam senyap-senyap anak dia yang rekod suara untuk lagu raya baru tahun ni ya.

Mama tak tahu nak bangga ke nak sedih  😢.”-kapsyen Shahida di Instagram


“Macam Mana Bapa, Macam Tu La Anaknya…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Qadejah yang disifatkan sebagai ‘Aliff Syukri 2.0’, malah ramai yang berpendapat dia bersama rakan-rakan mempunyai bakat dalam nyanyian.

“Yang ni takpe, cantik-cantik semuanya 😍. Yang bapak dia jangan ye. Jual je batu untuk raya pulak.”

“Cess, Cik B dan kawan 2 orang ni memang talented sangat. Jenis tak duduk diam. Bijak urus masa antara belajar, niaga dan hobi.”

“Macam mana bapa, macam tu la anaknya 😂 Cess ni Aliff Syukri 2.0.”

“Bapa borek anak rintik. Takpe laa, janji masyukk.”

“Apa nak buat mama, dah memang lahir pun dalam keluarga artis nombor syatu negara.”

“Semoga geng budak gen Z ni kekal positif selamanya ya. Suka vibes diorang. Never toxic ya sayang-sayang semua.”

Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content