Nur Nilam Ortiz tawar tanggung kos guaman Aqish jika disaman

SHARE:

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz bersedia untuk membantu pelakon Puteri Balqis membayar kos perundangan jika dia berdepan tindakan sama...

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz bersedia untuk membantu pelakon Puteri Balqis membayar kos perundangan jika dia berdepan tindakan saman.

Nur Nilam berkata, dia menghormati keberanian Puteri Balqis atau Aqish apabila bersuara mengenai penderitaannya dalam bidang seni dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik.

"Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu upah peguam yang bagus dan menanggung semua kos guaman sampai selesai untuk pastikan dia dan mak dia dibela sebaiknya.

"Orang yang banyak 'luka' selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. Daripada pemerhatian saya, Puteri Balqis seorang anak yang baik. Apabila menyentuh pasal maruah dan kebenaran, hal itu memang kena dipertahankan.

"Jikalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu macam mana hendak cari saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan dia tenang," katanya menerusi hantaran di Threads.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nilam kerana sudi membantu Aqish sekiranya berdepan tindakan saman berkenaan.

Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa dia dan keluarga berkemungkinan berdepan tindakan saman akibat kontroversi membabitkan rakan selebriti.

Menerusi perkongsian Instagram Story (IGs), Puteri Balqis mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang antara lain menyebut tindakan undang-undang mungkin diambil terhadap mereka.

Sumber – Harian Metro

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content