Pendaftaran Percuma MyLesen B2 Tahun 2026 Setiap Negeri

SHARE:

  Pendaftaran Percuma MyLesen B2 Tahun 2026 Setiap Negeri Program Pendaftaran MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang l...

 

Pendaftaran Percuma MyLesen B2 Tahun 2026 Setiap Negeri

mylesen b2 2026 negeri

Program Pendaftaran MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Inisiatif Kerajaan ini khas untuk golongan B40, pelajar dan belia berumur 16–35 tahun.

Kuota adalah terhad, dan pemohon digalakkan memohon segera. Semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung Kerajaan.

JPJ akan menyusun jadual latihan serta ujian, manakala program turut dilaksana di institusi pendidikan melalui kerjasama dengan KPM dan JPN Negeri. Peluang ini membantu pelajar dan belia mendapatkan lesen B2 secara sah tanpa beban kewangan.

Apa itu Program MyLesen B2 

Program MyLesen B2 Tahun 2025 merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu penerima atau tanggungan bantuan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran.

Seluruh kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

Progran khas ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi tahun 2025, pelaksanannya turut diperluaskan ke institusi pendidikan, sebagai usaha memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh lesen motosikal.

Dalam pelaksanaannya, JPJ akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, di samping mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.

Setiap peserta diwajibkan melengkapkan semua modul latihan dan lulus ujian mengikut prosedur ditetapkan sebelum lesen dapat dikeluarkan.

Selain itu, JPJ turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan program ini di peringkat sekolah, terutamanya untuk membantu pelajar yang menunggang motosikal memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.

Syarat Pendaftaran MyLesen B2

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan B40 dan tanggungan
  3. Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
  4. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
  5. Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
  6. Sihat fizikal dan mental
  7. Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.

Kos Bayaran Pendaftaran MyLesen B2

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.


Tempoh Masa Latihan & Ujian

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESEN: B2

  1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  6. Ujian JPJ

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun.

MyLesen B2 2026


Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2026

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui maklumat yang dinyatakan dalam poster berikut:

1. MyLesen B2 Melaka

Peluang kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan yang layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Syarat ringkas kelayakan:

  • Sihat fizikal dan mental
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Borang permohonan boleh diperoleh di:
JPJ Negeri Melaka
JPJ Cawangan Jasin
JPJ Cawangan Masjid Tanah
UTC

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

Permohonan adalah terhad.

MyLesen B2 2026


2. MyLesen B2 Negeri Sembilan

Berita baik khusus buat orang Negeri Sembilan. JPJ membuka peluang kepada warganegara Malaysia dalam kategori B40 dan tanggungan (penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Siapa yang berminat, jangan tunggu lama-lama, sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu, JPJ Negeri Sembilan tarikh tutup pada 7 Februari 2026.

MyLesen B2 2026


3. MyLesen B2 Perlis

Berita baik untuk warga Perlis! Program MyLesen B2 kini kembali untuk tahun 2026. Fokus utama adalah untuk membantu golongan B40 yang masih belum mempunyai lesen memandu sah

Kenapa anda perlu daftar sekarang?

  • Khas untuk Golongan B40.
  • Terhad kepada 1,500 peserta sahaja.
  • Pendaftaran PERCUMA! (Tertakluk kepada syarat).

Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Januari & 1 Februari 2026.

Imbas kod QR dalam poster di bawah atau terus ke pautan INI untuk mendapatkan borang.

mylesen b2 perlis MyLesen B2 2026


4. MyLesen B2 Johor

PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR KINI DIBUKA!!

Permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang tidak memiliki lesen memandu untuk mendaftar menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026 bagi Negeri Johor

SYARAT PERMOHONAN :
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

MOHON DAN DAFTAR SEKARANG !!

Borang permohonan boleh diperoleh di:

  • JPJ Negeri Johor
  • JPJ Cawangan Berhampiran

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

MyLesen B2 2026


5. MyLesen B2 Pahang

Berita baik kepada warga Pahang khususnya golongan B40!

Peluang untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal (B2) secara sah kini dibuka melalui Program MyLESEN B2 Tahun 2026.

Syarat Penyertaan:

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan B40 & tanggungan
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat dari segi fizikal & mental
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ & PDRM

Keutamaan diberikan kepada (dalam kumpulan B40):

  1. Pelajar sekolah
  2. Kadet JPJ
  3. Pelajar IPT

Terhad kepada 2,100 peserta sahaja!

Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2026 (Jumaat)

Permohonan melalui pautan / QR Code atau terus ke pautan https://tinyurl.com/MyL26Phg

MyLesen B2 2026


6. MyLESEN B2 SELANGOR

SYARAT PESERTA :

  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • BERUMUR 16 TAHUN DAN KE ATAS
  • SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL
  • BELUM MEMILIKI SEBARANG LESEN MEMANDU
  • BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & POLIS
  • PENERIMA STR ATAU GOLONGANB40 YANG DISAHKAN, TERMASUK TANGGUNGAN
  • KEUTAMAAN KEPADA KADET JPJ, PELAJAR SEKOLAH & IPT

DAFTAR SEKARANG melalui BORANG INI atau imbas kod QR dalam poster di bawah:

*Bagi negeri yang belum dinyatakan, sila tunggu info terkini melalui JPJ Negeri:

Media sosial JPJ Setiap Negeri

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: mylesenb2@jpj.gov.my atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.

  1. Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  2. Twitter: JPJ_Malaysia
  3. Instagram: JPJMalaysia
  4. Youtube: JPJMalaysia
  5. Telegram: JPJ_Malaysia


Maklumat Lanjut & FAQ Pendaftaran MyLesen B2

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada Facebook Malaysia Madani

1. Apa itu Program MyLesen B2?

Program MyLesen B2 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan tanggungan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.

2. Siapa yang layak memohon?

Pemohon mestilah:

– Warganegara Malaysia
– Golongan B40 atau tanggungan
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
– Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
– Sihat fizikal dan mental

3. Adakah terdapat keutamaan tertentu?

Ya. Keutamaan diberikan kepada:

– Ahli Kadet JPJ
– Pelajar sekolah
– Pelajar institusi pengajian

4. Bagaimana nak tahu sama ada berjaya?

Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh JPJ Negeri untuk mendaftar di Institut Memandu yang ditetapkan.

5. Bolehkah saya memilih tempat dan jadual latihan?

Peserta hendaklah bersedia mengikuti Program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.

6. Bila tarikh program berlangsung?

Program akan berlangsung mulai Mac-Oktober 2026. Tempoh pendaftaran adalah berbeza, bergantung kepada JPJ negeri masing-maisng.

7. Adakah semua pemohon akan mendapat tempat dalam program ini?

Permohonan akan disaring mengikut syarat yang ditetapkan.

8. Adakah program ini benar-benar percuma?

Ya. Kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Walau bagaimanapun, kos pengangkutan ke institut memandu dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung sendiri oleh peserta.

9. Bilakah keputusan akan diperolehi setelah mengisi borang?

Pendaftaran melalui borang ini tidak menjamin anda terus terpilih untuk menyertai program ini. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh JPJ Negeri untuk mendaftar di Institut Memandu yang ditetapkan.

10. Apa akan berlaku selepas saya mendaftar?

Peserta layak akan dimaklumkan mengenai jadual latihan, kelas dan ujian memandu mengikut ketetapan JPJ. Sila rujuk carta alir di bawah:


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content