PERHATIAN! Warga asing dilarang beli minyak masak paket bersubsidi mulai 1 Mac!!

SHARE:

Warga asing dilarang beli minyak masak paket bersubsidi mulai 1 Mac Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewa...

Warga asing dilarang beli minyak masak paket bersubsidi mulai 1 Mac

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada bukan warganegara berkuat kuasa 1 Mac ini.


Warga asing dilarang beli minyak masak paket bersubsidi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peraturan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Peruntukan undang-undang ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikuatkuasakan. Jadi, dengan adanya larangan ini, kami dapat memastikan subsidi itu akan dimanfaatkan warganegara dan tidak dibuka ruang kepada warga asing,” katanya.

minyak masak paket

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) sama ada KPDN berhasrat mengintegrasikan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dengan pangkalan data bantuan lain bagi mengelakkan lambakan birokrasi dan amalan bekerja secara silo.

Armizan berkata, KPDN juga sedang dalam fasa perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mengintegrasi platform MyKasih sebagai antara opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh rakyat.

“Mungkin selepas ini dengan hanya mengimbas kad pengenalan… membolehkan pengguna membeli minyak masak paket tanpa menggunakan aplikasi eCOSS,” ujarnya.

minyak masak paket

Foto: Bernama

Armizan menjelaskan, kejayaan penggunaan MyKad bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON 95 menjadi rujukan KPDN dalam pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi.

Beliau ketika mengulas mengenai keberkesanan eCOSS dalam menangani ketirisan penjualan minyak masak paket bersubsidi di pasaran berkata, sejak dilaksanakan pada Mei 2025, sistem itu merekodkan pembelian sebanyak 20,361,432 paket.

“Sekurang-kurangnya kami sudah ada data siapakah yang membeli minyak masak paket ini dalam  kalangan warganegara dan hala tuju program ini juga dapat ditentukan bersandarkan kepada keputusan berasaskan data. Itulah matlamat kami,” katanya lagi.

Sumber: Bernama / Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content