[Pulau Pinang] Chegubard dedah penyelewengan pusat zakat di Utara hari ini

SHARE:

Chegubard dedah penyelewengan pusat zakat di Utara hari ini SHAH ALAM - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ...

Chegubard dedah penyelewengan pusat zakat di Utara hari ini


SHAH ALAM - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard akan mendedahkan sebuah pusat zakat di Utara terlibat dalam aktiviti penyelewengan pada Rabu.

Justeru, aktivis Pembela Tanah Air (Peta) itu memaklumkan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 3 petang.

Beliau mendakwa wujud amalan tidak wajar dalam pengurusan zakat di pusat zakat terbabit.

"Penyelewengan itu bukan hanya berkait soal nilai (wang), sebaliknya membabitkan amalan pengurusan yang berulang-ulang dan banyak kali berlaku.

"Justeru, pengurusan zakat itu harus diteliti mengikut hukum dan pengurusan zakat negeri terbabit jelas melanggar fatwa yang telah dikeluarkan dan itu tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Chegubard memaklumkan akan mendedahkan penyelewengan yang didakwa melibatkan pimpinan tertinggi sebuah kementerian serta pusat zakat di sebuah negeri.

Chegubard berkata, pihaknya kini mempunyai beberapa data dan maklumat berkaitan dakwaan berkenaan yang disifatkan penting untuk siasatan lanjut.

Ketika diminta mengulas tentang pendedahan akan dilakukan beliau melibatkan pimpinan tertinggi sebuah kementerian, beliau memaklumkan ia melibatkan dua kes.

"Kita hendak pergi (yang mana) dahulu, tapi saya rasa lebih penting kita tengok bahan pada petang ini (dan) kemungkinan kita akan bermula dengan sebuah organisasi yang mengepalai penjawat awam di Malaysia," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan tidak akan berundur walaupun berdepan pelbagai bentuk intimidasi, termasuk siasatan dan ugutan saman susulan pendedahan dakwaan rasuah sebelum ini.

Beliau turut menyifatkan, segala ancaman yang diterimanya sebelum ini tidak memberi kesan terhadap dirinya, sekali gus tidak berputus asa dalam perjuangannya.

“Insya-ALLAH, segala ancaman, ugutan (atau) tawaran ini, saya rasa kalau bercakap soal kesan ia tak beri kesan pada saya sebab saya tidak pernah pun peduli benda itu kan.

"Cumanya, kali ini saya tengok intimidasi menggunakan kerajaan, polis dan sebagainya ini (dengan) siasatan demi siasatan terlalu banyak dan ugutan semua saman apa semua ini. Saya merasakan ia tidak boleh sebegini rupa," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan masih kekal sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson dan setakat ini tidak menerima tawaran untuk menyertai parti lain.

"Tidak ada, tidak ada (terima tawaran sertai parti lain). Saya merasakan bahawa semua parti takut dengan saya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan komitmen untuk membina Bersatu sebagai platform lebih relevan dan dapat memperbaiki negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/765874/berita/semasa/chegubard-dedah-penyelewengan-pusat-zakat-di-utara-hari-ini

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content