[Pulau Pinang] 'Satu jabatan kerajaan dapat ganjaran RM200,000 tahun lalu, bantu lapor kes rasuah'

SHARE:

'Satu jabatan kerajaan dapat ganjaran RM200,000 tahun lalu, bantu lapor kes rasuah' BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma...

'Satu jabatan kerajaan dapat ganjaran RM200,000 tahun lalu, bantu lapor kes rasuah'


BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerima sebanyak 282 maklumat berkaitan pelbagai aduan disyaki membabitkan kes rasuah pada tahun lalu dengan 33 individu ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarahnya, Datuk S Karunanithy, berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 61 kertas siasatan dengan 28 daripadanya diteruskan sebagai kertas siasatan penuh untuk tindakan lanjut.

Katanya, terdapat 60 pertuduhan dilakukan termasuk berdasarkan rujukan kes-kes tahun sebelumnya selain ada kalangan penjawat awam yang dilaporkan terbabit diambil tindakan tata tertib.

"Sebahagian besar maklumat yang diterima bersifat terlalu umum dan tidak mempunyai asas kukuh, malah ada yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM.

"Maklumat sebegini biasanya dirujuk kepada jabatan berkaitan kerana ia lebih menjurus kepada isu pelanggaran tatakelakuan atau rasa tidak puas hati.

"Sebab itu kadang-kadang kita terima maklumat terlampau tinggi tetapi ia tidak berkaitan dengan SPRM," katanya selepas Program Dialog Kerusi Panas: Perolehan Tanpa Rasuah di Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Karunanithy mendedahkan pihaknya menerima 13 maklumat berkaitan MBSP dan melakukan tiga penahanan penjawat awam dengan hanya dua kertas siasatan dibuka tahun lalu.

"Siasatan kes sudah hampir selesai. Ada yang dituduh, ada yang dibawa untuk lebih kepada tindakan tatatertib.

Jadi program sebegini adalah lebih untuk mendidik kakitangan MBSP untuk membenci rasuah.

"Selain itu kita juga memfokuskan berkaitan isu perolehan kerana ia selaras hala tuju SPRM yang mahu memastikan isu perolehan berjalan dengan penuh integriti dan telus," katanya.

Karunanithy berkata SPRM turut mengambil kira maklumat yang diterima daripada surat layang dan jika si penulis memberitahu nama penerima atau pemberi rasuah sama ada individu atau syarikat semuanya akan disiasat bagi menentukan kesahihan kandungan surat layang itu.

Katanya, kerajaan menawarkan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan rasuah.

"Pernah satu jabatan kerajaan di negara ini menerima ganjaran mencecah RM200,000 berdasarkan nilai sogokan yang ditawarkan kerana membantu melaporkan dan membanteras rasuah.

"Usaha ini dibuat untuk menimbulkan ketakutan kepada pemberi rasuah selain menghargai mereka yang berani tampil ke hadapan.

Setiap tahun ada yang menerima ganjaran wang ini selain kita berikan juga sijil penghargaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd Ibrahim Md Nor, berkata pihaknya giat menutup ruang salah laku rasuah melalui pendigitalan dan penyeragaman sistem perolehan, berbanding kaedah manual yang lebih terdedah kepada campur tangan manusia.

Beliau berkata MBSP mempunyai lebih 600 Prosedur Operasi Standard (SOP) merangkumi pelbagai aspek termasuk perolehan dan proses kerja lain selain mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia serta pekeliling dalaman.

"Dalam proses perolehan, setiap peringkat diuruskan oleh pegawai berbeza bagi mengelakkan konflik kepentingan. Proses penyediaan dokumen, penilaian, pembukaan tender dan keputusan dibuat oleh pihak berlainan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502636/satu-jabatan-kerajaan-dapat-ganjaran-rm200000-tahun-lalu-bantu-lapor

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content