SORRY TO SAID~Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf.....

SHARE:

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf Foto - @iqbaljamalulleil (IG) Share on Facebook Penyanyi  Syed Iqbal Jamalulleil , ...

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da’i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik hantaran mengenai perubahan ketara abangnya.

Menerusi hantaran terbarunya di Instagram, Iqbal menjelaskan bahawa hantaran sebelum ini ditulis ketika berada dalam keadaan emosi sebagai salah seorang ahli keluarga yang melalui saat sukar.

“Saya sedar tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan, salah faham, dan melukakan perasaan banyak pihak. Itu bukan niat saya. Saya menulis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.”

Pada masa yang sama, penyanyi itu menegaskan bahawa dia tidak mempertahankan abangnya atau meraih simpati orang ramai melalui sentimen agama. Namun dia hanya mahu berkongsi realiti perubahan yang dilihatnya dari dekat.

“Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan, dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.”

“Hantaran tersebut hanya berkisar tentang apa yang saya lihat dari sudut peribadi dan proses muhasabah diri, bukan untuk membenarkan apa-apa perbuatan, dan bukan untuk menafikan kesakitan mana-mana pihak.”

Sebelum ini Syed Iqbal Jamalulleil berkongsi mengenai perubahan ketara dalam sikap dan ibadah abangnya yang telah mendapat kecaman orang ramai.

Foto – @iqbaljamalulleil (IG) / @user.0000091 (Threads)

“Selepas peristiwa Ogos 2024. Karakter dia sangat berlainan. Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik, tak suka bercakap keburukan orang lain, sangat merendah diri, suka gembirakan orang. Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah S.W.T.

Aku tak menyebelahi dia, bukan pula tunggang agama untuk mendapatkan simpati, selama ni pun aku tak pernah post pasal dia tapi ini real tentang taubat nasuha sampai aku rasa insecure dengan dia yang makin soleh.”

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahn merogol seorang wanita pada lima tahun lalu. Pendakwah selebriti itu kini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.


Sumber: www.murai.my

  

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content